- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 408
LAWATAN PANEL PENILAI APBN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE PERSATUAN BELIA BAKTI, PUTRAJAYA
PUTRAJAYA, 7 April 2021: Sedang berlangsung Lawatan Penilaian Panel Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat WP Kuala Lumpur 2021 bertempat di pejabat pengurusan Persatuan Belia Bakti Putrajaya.
Lawatan penilaian diketuai oleh En. Mohd Nor Bin Md Said, Mantan Pengarah JBSWP Kuala Lumpur. Turut hadir En. Shamsul Bin Musa, Ketua Penolong Pengarah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan En. Khairil Roy Azuan Bin Kamaruddin, Timbalan Presiden Majlis Belia WP Persatuan yang juga merupakan panel penilai bagi APBN WPKL.
Persatuan Belia Bakti Putrajaya merupakan calon yang bertanding bagi Kategori Pertubuhan Belia dan tahun ini merupakan tahun pertama menyertai anugerah bagi kategori ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada persatuan yang berani menyahut cabaran untuk berdaya saing demi pembangunan belia khususnya di Putrajaya.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 408
