- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 311
MIYCWP PRIHATIN MAHASISWA
KUALA LUMPUR, 16 April 2021: Majlis Belia India Malaysia, Wilayah Persekutuan (MIYCWP) telah menerima permohonan bantuan barang keperluan bagi pelajar Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur yang dikuarantin akibat kes Covid-19 dalam kampus tersebut. MIYCWP telah mengaturkan bantuan barang keperluan kepada pelajar tersebut.
Terima kasih kepada Sdr Navindra, Pelajar IPG Bahasa Antarabangsa merangkap Ahli Dewan Belia Perak Dun N.30 Buntong yang membawa perkara ini ke perhatian Saudara Janagken Yohayindra Kumar,
Pengerusi Majlis Belia India Malaysia, Wilayah Persekutuan.
Penghargaan khas juga ditujukan kepada Saudara Mohammed Naseer, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Yayasan Food Bank yang telah menyediakan bantuan tersebut. Bantuan ini diharap sedikit sebanyak meringankan beban seramai 400 pelajar yang dikuarantinkan di sana.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 311
