PUTRAJAYA, 5 April 2021:Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur diundang khas bagi mengikuti Program Business In Transformation Expo (BITe) 2021 bertempat di Dewan Seri Endon, Putrajaya yang telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri MEDAC.
JBSWPKL diwakili oleh dua orang pegawai iaitu Puan Normiza Binti Kadar Maidin dan Puan Siti Rahayu Binti Rabudin dimana keduanya berpeluang mengikuti program yang menghimpunkan sebanyak 39 jenama program BIT di bawah satu bumbung dari seluruh negeri bagi mempromosikan jenama dan pakej francais mampu milik kepada golongan sasar. Jenama yang terlibat adalah seperti Eyda Ice Cream, Klekor, 21 Grilled, Old Time Sengkuang, Kak P Goreng Pisang Cheese dan banyak lagi.
Program ini dilihat mampu melahirkan lebih ramai usahawan dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu pada masa akan datang.
Sekiranya anda berminat untuk berjaya mengetahui lebih lanjut mengenai program BIT? #cariPNS sekarang dengan layari www.pns.com.my
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 442
