16 Mac 2021- KOMBES kg Pandan-PBSK Bukit Bintang bersama rakan PBSK lain di Kombes mengamalkan gaya hidup sihat dengan aktiviti gym. Semoga aktiviti ini akan terus diamalkan oleh semua kakitangan pejabat belia dan sukan. Aktiviti sebegini sedikit sebanyak membantu untuk kita sihat sepanjang hayat.
15 Mac 2021- JBSWPKL Telah dipengerusikan oleh yang berbahagia en Tony Azman Timbalan Pengarah JBSWPKL mesyuarat perancangan jawatan kuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan di WPKL dan Putrajaya. Turut di adakan juga taklimat Anugerah Perdana Belia Negara. Mesyuarat ini melibatkan semua PBSK dan Pengerusi Majlis Belia Negeri WPKL. mesyuarat ini membincangkan berkaitan penubuhan jawatankuasa Tindakan Pembangunan Belia yang lebih memfokuskan isu pembangunan belia WPKL dan kerjasama melibatkan semua agensi yang akan di lantik sebagai jawatankuasa bersama dalam menjayakan Cadangan ini. Ia juga melibatkan peranan utama YB. Tan Sri Anuar Musa Menteri Wilayah sebagai Pengerusi jawatankuasa pembangunan Belia yang bakal diwujudkan nanti. Dengan wujudnya jawatankuasa ini diharapkan segala isu dan permasaalahan belia bandar dapat di selesaikan dan santuni dengan lebih berkesan. Manakala pencalonan Anugerah Belia Negara telah dibuka dan diharap mendapat sambutan baik dari semua Persatuan Belia dan pemimpin Belia.
KOMBES Kg. Pandan-13 Mac 2021, Kursus Pemantapan ngo's Belia dan Sukan WPKL telah di adakan bermula 9.00 pagi dan dihadiri oleh Persatuan Belia di WPKL dan Persatuan Sukan di WPKL. Kursus ini menekankan tatacara penyediaan MYKD dan MYKB bagi NGO sukan.
Kursus ini juga mendidik semua NGO'S agar sentiasa peka dengan tanggung jawab sebagai persatuan untuk sentiasa menyediakan laporan aktiviti, program dan MYKD/MYKB mengikut masa yang di tetapkan.
Selain itu, kursus ini memberi peluang juga kepada semua NGO's untuk mempelajari bagaimana proses permohonan dana daripada JBSWPKL dan KBS MALAYSIA. PBSK BUKIT BINTANG juga turut hadir dalam menjayakan program ini agar dapat membantu NGO's di Kawasan parlimen Bukit Bintang.
KOMBES Kg. Pandan- 12 Mac 2021, Tanggal 8 Mac 2021, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Bukit Bintang telah beroperasi sepenuhnya di Aras 2 KOMBES Kg. Pandan K.Lumpur. Ianya di ketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan En. Mohd Lalkhasman b. Mohamad Nor. Untuk makluman, segala urusan yang berkaitan dengan kawasan Bukit Bintang akan dilaksanakan di pejabat terkini PBSK bekenaan.
19 Mac 2021 Bukit Kiara-Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan hadir bersama-sama ke Majlis Pelancaran Netball Super League 2021 (NSL2021) bertempat di Stadium Juara, Bukit Kiara.Pemantauan SOP Penganjuran Acara turut dilakukan sepanjang kejohanan ini berlamgsung.
27 Mac 2021, Sabtu - PBSK Seputeh berjaya menjalankan amanah bagi melaksanakan Program Sanitasi Awam Basmi Covid-19 JBSWPKL di PPR Kg Muhibbah, Bukit Jalil yang berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari melibatkan kerja-kerja di Blok A,B,C,D , surau An-Nur, Dewan PPR serta empat buah bas sekolah. Program dihadiri oleh YBTM Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang turut menyumbang tenaga dalam sanitasi ini.
27 Mac 2021, Sabtu - Kelab Senamrobik Retro telah menganjurkan satu kursus asas senamrobik yang berlangsung di Dewan Hotel Corus, Kuala Lumpur. Puan Nor Aini binti Jamil, Pengerusi baru Kelab Senamrobik Retro (KSR) memaklumkan program ini mendapat penyertaan lebih 25 orang untuk menimba ilmu asas berkenaan senamrobik ini. Bertambah menariknya program ini adalah YBTM Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang hadir bagi menyaksikan sendiri program ini seterusnya menyampaikan sijil kepada semua peserta. Program selesai pada jam 6.00 petang setelah tamat sesi pagi dan petang.
19 Mac 2021, Jumaat - PBSK Seputeh mengadakan lawatan tapak bagi Program Sanitasi Basmi Covid19 di PPR Kg Muhibbah di Blok A, B, C dan D. Program yang akan dijalankan pada 27 Mac dengan penglibatan YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Lawatan tapak ini melibatkan Persatuan Penduduk dan pihak DBKL, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar membincangkan perjalanan program dan bantuan-bantuan yang diperlukan untuk menjayakan program ini.
17 Mac 2021, Rabu - TNB Liga Hoki Malaysia 2021 lebih menarik dengan penglibatan YB Reezal Merican Nainan Merican di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada jam 8 malam sebaik sahaja beliau selesai merasmikan logo National Hockey Development Program di ruangan lobi Stadium Hoki 1. YBM yang hadir bersama pegawai kanan KBS menyaksikan perlawanan hoki yang melibatkan Rakan Muda Sport Bubble Volunteer (RMSBV) yang dilantik oleh Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur (JBSWPKL). Beliau memuji usaha yang dilakukan oleh pihak JBSWPKL dalam pelaksanaan RMSBV bagi membantu dalam pemantauan pematuhan SOP penganjuran sukan.