- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 354
Sesi Taklimat Panel Penilai Secara Atas Talian bersempena Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2021
BUKIT KIARA, 24 Mac 2021: Telah berlangsung Sesi Taklimat Panel Penilai Secara Atas Talian bersempena Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2021 Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh En. Mohd Khiri @ Mohd Khairi Bin Ali, Timbalan Pengarah Cawangan Kepimpinan Sahsiah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia Dan Sukan Negara.
Sesi Taklimat yang dihadiri oleh semua Panel Penilai daripada 15 buah negeri termasuk WP Labuan bagi Kategori Individu Lelaki/Wanita dan Kategori Pertubuhan Belia telah berlangsung dengan jayanya dalam sesi perkongsian bersama Ketua Panel APBN Kebangsaan iaitu Prof. Dr. Ismi Arif Bin Ismail daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).
Jabatan Belia dan Sukan WPKL juga telah menghadiri Sesi Taklimat bersama-sama enam (6) orang Panel Penilai yang telah dilantik untuk menghakimi calon-calon APBN Peringkat WPKL 2021 kelak.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 354
