- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 393
BANTUAN AMAL JUMAAT TITIWANGSA - PROJEK COVID19 FOOD AID MINGGU 18 BUAT 5 KELUARGA TERPILIH
20 MAC, Titiwangsa - Jumaat baru2 ini kami telah mengagihkan bantuan kepada 5 buah keluarga yang menghadapi sedikit cabaran kesan daripada COVID19. Bantuan yang diberikan adalah barangan makanan basah dan kering. Setakat ini agihan dibuat pada skala kecil dan konsisten insyallah. Doakan kami agar dipermudahkan segala urusan dan kesihatan terjaga. Projek kali ini, kami berkolaborasi dengan MAYC Titiwangsa dan tajaan ayam segar vakum oleh My Market juga kerjasama Perbadanan Kampong Bharu dan Kelab Belia Ekspresi. Melihat situasi Covid19 yang melanda untuk kali ini - ramai yang mememohon bantuan kepada MOVE dan mereka berada beberapa buah negeri yang terkesan dengan gelombang baharu ini. Setakat ini, NGO ini telah mengusahakan beberapa bantuan berdasarkan dana yang ada dan sememangnya tidak mencukupi. Bantuan diagihkan dengan kolaborasi rakan NGO lain dan team MOVErelawan dibeberapa buah negeri.
Disediakan Oleh : PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 393
