PBSK TITIWANGSA/SETIAWANGSA JOHAN PENULISAN BERITA PORTAL TAHUN 2021
8 Februari, Bukit Kiara - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa telah dinobatkan sebagai penyumbang berita portal terbanyak pada tahun 2021 iaitu sebanyak 252 berita. Hadiah dan Sijil telah disampaikan kepada Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa dalam satu majlis perhimpunan bulanan jabatan pada hari ini. Semoga kejayaan pejabat ini akan menjadi pemangkin semangat kepada pejabat dan bahagian yang lain untuk bersama-sama dalam menyumbangkan lebih banyak berita pada tahun 2022 ini.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 210
