- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 209
GERAKAN BELIA 4B KAWASAN TITIWANGSA GEMBIRA LAWATAN PRESIDEN MBM KE TITIWANGSA
8 Mac 2022, Kg. Baru - Gerakan Belia 4B Kawasan Titiwangsa (GB4B) berbesar hati mengiringi Kepimpinan baru Majlis Belia Malaysia yang diketuai oleh Saudara Mohd Izzat Afifi bersama barisan exco MBM ke Pusat Pemindahan Sementara (PSS) di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bahru. Dalam pada itu, PSS ini menempatkan seramai 70 keluarga, kira-kira 300 orang yang terkesan akibat banjir kilat yang berlaku pada 7 Mac 2022.
Selain itu, turut disampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat yang diserahkan kepada Wakil Penduduk Encik Kamaruzaman. Pihak GB4B Titiwangsa mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada pihak MBM diatas kesudian turun ke lapangan meninjau mereka yang terkesan.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 209
