22 Mac 2022, Setiawangsa - Tahniah diucapkan kepada adik Abinayashree a/p Murugan , atlet dari Kelab Olahraga Setiawangsa kerana telah menjadi Johan dalam kategori MyWalk and MyRide dalam Kejohanan MSSWPKL yang telah diadakan baru-baru ini. Semoga adik Abinayeshree akan terus maju dalam bidang yang diceburi serta dapat mencipta nama hingga ke peringkat antarabangsa.
Disediakan Oleh
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa
22 Mac 2022, Bukit Kiara - Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat WPKL 2022 telah bermula pada hari ini dengan dimulakan bagi Kategori Calon Individu Lelaki dan Wanita. Kawasan Titiwangsa telah mempertaruhkan calon bagi Kategori Individu Wanita, Cik Qurratu Hawa dari Majlis Belia Kawasan Titiwangsa. Ini merupakan pencalonan kali pertama beliau dalam APBN dan semoga ianya memberikan pengalaman yang terbaik pada masa akan datang.
Disediakan Oleh
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
19 Mac 2022, Pandan Perdana - MSL 2022 bagi acara Badminton telah bermula hari ini disemua Kawasan. Peringkat Kawasan Titiwangsa dan Setiawangsa telah diadakan di Avangers Sport Centre, Pandan Perdana dengan penyertaan sebanyak 16 pasukan keseluruhan manakala peringkat Kawasan Setiawangsa akan diadakan pada 20 Mac 2022 di SLK Sport Centre, Setapak. Johan dan Naib Johan secara automatik akan mewakili Kawasan ke Peringkat Negeri WPKL yang dijangka akan berlansung pada bulan Jun/ Julai 2022.
Disediakan Oleh
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa
14 Mac 2022, Kg Pandan - PBSK Titiwangsa /Setiawangsa hari ini telah mula menerima penyertaan bagi pertandingan Badminton Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Kawasan Titiwangsa. Terima kasih diucapkan kepada semua pasukan yang telah mendaftar. MSL Badminton Peringkat Kawasan Titiwangsa dan Setiawangsa akan diadakan bermula 19 hingga 20 Mac ini.
Disediakan Oleh
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa
11 Mac 2022, Kg. Pandan - Pejabat telah dikunjungi oleh En. Anuar selaku Pengerusi Kelab Belia Transformasi, Setiawangsa hari ini. Perjumpaan bersama Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa itu merupakan perjumpaan pertama antara NGO tersebut dan pegawai. Terima kasih diucapkan kepada Kelab Belia Transformasi kerana menghantar penyertaan bagi Kategori Pertubuhan dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat WPKL 2022 ini. Semoga kelab ini akan terus maju dan berjaya melahirkan lebih ramai golongan belia yang mampu mengangkat nama belia setempat hingga ke peringkat antarabangsa.
Disediakan Oleh :
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa
11 Mac 2022, Titiwangsa - Taman Tasik Titiwangsa semakin kelihatan berseri dan meriah dengan adanya disiplin sukan kanu yang baru iaitu Standup Paddle Board (SUP) yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan Kanu Kuala Lumpur pada hari ini. Majlis pelancaran SUP Kanu KL ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Faizal , Pengerusi Persatuan Kanu Kuala Lumpur sesi 2022/2024. Sukan yang baru dan semakin menjadi kegilaan peminat sukan air di Malaysia ini bukan sahaja boleh dinaiki oleh golongan dewasa malah boleh juga digunakan oleh kanak-kanak kerana terdapat pelbagai saiz dan warna yang menarik. Terima kasih kepada En. Amzar Yoshi Sawada kerana sudi membangunkan dan menyumbang SUP untuk Persatuan Kanu Kuala Lumpur. Semoga usaha murni beliau ini akan mendapat balasan yang setimpal. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh berhubung dengan Persatuan Kanu Kuala Lumpur yang berpusat di Taman Tasik Titiwangsa (bersebelahan Stadium Titiwangsa)
11 Mac 2022, Keramat - Akademi AU5'D memasuki tahun Ke-10. Dan hampir sedekad beroperasi dan kekal hingga kini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Saudara Aizad selaku Presiden. Saudara Aizad telah membentangkan hala tuju baru untuk Akademi AU5'D untuk bergerak ke hadapan. Disamping beberapa cabaran perlu dihadapi untuk konsisten perjalanan aktiviti bolasepak pada masa akan datang.
Disediakan Oleh
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa
12 Mac 2022 - Saudara Khusairi Aizad bin Jamaluddin selaku Presiden membentangkan hala tuju Setiawangsa Rangers FC kepada Ahli Jawatankuasa. Saudara Aizad turut menyampaikan Sijil Watikah Pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa yg hadir. Turut hadir bersama Cik Farah Dhiba, Cik Syamimi, Cik Lily, Encik Dino dan Encik Adli.
Disediakan Oleh :
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
5 Mac 2022, Setiawangsa - Liga Suparimau untuk ketegori Kuala Lumpur berlangsung bermula hari ini. Tidak mahu ketinggalan beraksi, pasukan kanak-kanak Setiawangsa Rangres FC 9 tahun telah menyertai liga pada kali ini. Liga Superimau ini diadakan di setiap lokasi berbeza yang melibatkan golongan kanak-kanak dan remaja bermula umur 9 tahun hingga 16 tahun. Semoga ianya menjadi pencetus bagi melahirkan golongan atlet yang bermula dari peringkat akar umbi.
Disediakan oleh
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa