Penilaian Calon Anugerah Belia Perdana 2022 Kategori Individu. Saudara Zairin Adam bin Abdul Aziz dari Persekutuan Pengakap Malaysia, Pertubuhan Pengakap Daerah Segambut.
Encik Narayanasamy a/l Govindasamy merupakan peserta veteran dalam Kejohanan MSL Badminton. Berumur 59 tahun dan sangat minat dan aktif menjalankan aktiviti berkaitan badminton bermula tahun 1986.
Pernah meraih tempat ke 2, Malaysian Indian Kategori Perseorangan dan Kategori Bergu pada tahun 1986.
Sangat meminati badminton dan menubuhkan kelab badminton di Sentul dan Kepong. Dalam kejohanan MSL Kepong ini, Encik Narayanasamy mewakili Kelab Raising Star dan mendapat tempat ke 3.
Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Encik Narayanasamy dan kumpulan badminton beliau! Terima kasih kerana melahirkan ramai pemain badminton remaja.
Segambut, 22 Mac 2022 - Calon ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA WPKL 2022
KATEGORI ;-
1. INDIVIDU LELAKI
2. PERTUBUHAN BELIA
Anugerah Perdana Belia Negara WPKL 2022, PBSK Kepong Segambut mencalonkan Saudara Lee Khai Chuen, Pengerusi Young Malaysian Movement (YMM) Segambut bagi kategori Individu Lelaki dan YMM Segambut untuk kategori Pertubuhan Belia.
PBSK Kepong Segambut menyokong sepenuhnya pencalonan ini!!
Segambut, 22 Mac 2022 - PBSK Kepong Segambut dan Pengakap Daerah Segambut mencalonkan Saudara Zairin Adam bin Abdul Aziz bagi kategori Individu Lelaki.
Saudara Zairin adalah dari Pertubuhan Pengakap Malaysia dan sering mengikuti program sukarelawan di kawasan Segambut dan Seluruh WP Kuala Lumpur. Beliau seorang yang aktif menjalankan kegiatan sukarelawan di peringkat kawasan / daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
PBSK Kepong / Segambut menyokong sepenuhnya calon ini.
Kepong, 19 Mac 2022 – Setinggi penghargaan kepada DBKL Cawangan Kepong yang membantu menyediakan makan minum peserta dan Urus Setia sepanjang Kejohanan MSL Kategori Badminton. Moga kerjasama ini diteruskan pada masa akan datang.
Kepong, 19 Mac 2022 - Terima kasih diucapkan kepada .Jawatankuasa Teknikal Badminton Kejohanan MSL Kepong dan Segambut.
Penghargaan juga kepada Pengerusi Kelab Belia Melayu Kepong, Cik Bada & Team, Encik Asyraf dan Encik Bala DBKL Caw Kepong, Puan Siti Belinda - Pengerusi Kelab Aero Bell, Encik Nawas - Pengerusi Persatuan Penduduk Sri Aman. Moga kerjasama ini diteruskan pada masa akan datang!
Kepong, 19 Mac 2022 – Terima kasih diuca[pkan kepada petugas RMSBV yang telah menjalankan tugasan pemantauan SOP pada 19 hingga 20/3/2022 di Dewan PPR SRI AMAN untuk Kejohanan Badminton Terbuka MSL.
Sukarelawan terlibat adalah;-
1. Awra
2. Wan faizatul
3. Nabila
4. Izzati
5. David Lee Khai Chuen
Pemantauan merangkumi penjarakan sosial, pematuhan SOP kemudahan serta imbasan kod MySejahtera.
Kepong, 19 Mac 2022 - Sedang berlangsung Malaysia Sports League Kawasan Segambut bagi Acara Badminton Berkumpulan. Kejohanan ini diadakan di PPR Sri Aman, Kepong dengan kerjasama DBKL Cawangan Kepong, Pengerusi PPR Sri Aman, Persatuan Aero Bell serta Kelab Belia Kg. Melayu Kepong.
Johan dan Naib Johan Kejohanan hari ini akan mewakili PSBK Kepong Segambut pada Kejohanan MSL Peringkat Negeri bagi Kategori Badminton yang bakal diadakan pada Jun 2022.