21 Mei 2022, Kuala Lumpur - Kejayaan sesebuah negara bangsa adalah melahirkan golongan belia yang berdaya tahan dan mampu berdikari serta mempunyai nilai kesukarelawan yang tinggi. Sejajar dengan itu, melalui pelaksanaan program Rakan Muda Day Out, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah mengadakan program sukarelawan membersihkan tanah perkuburan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Kuari Taman Sri Bahtera.
Penglibatan belia dari ahli-ahli Pergerakan Belia Inspirasi telah menjayakan pelaksanaan program ini.
BUKIT KIARA, 28 Mei 2022:Pasukan Aroha telah berjaya menjadi juara Pertandingan Bola Jaring MSL 2022 Peringkat Kawasan Lembah Pantai. Pertandingan ini telah diadakan pada bertepat di Gelanggang Serbaguna Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara Kuala Lumpur.
Naib Johan dimenangi pasukan Lili Blossom. Semoga pasukan yang bakal mewakili Kawasan Lembah Pantai untuk bertanding di peringkat negeri nanti akan mencapai kemenangan juga. Tahniah kepada pasukan yang menang. Syabas juga kepada pasukan lain yang telah berusaha dalam pertandingan ini.
KG.PANDAN, 28 Mei 2022:Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Kg. Pandan telah berlangsung Program Inspire iTalent Peringkat WP Kuala Lumpur bagi tahun 2022.
Program ini bertujuan untuk menguji kebolehan peserta OKU diperingkat Negeri dalam acara sukan serta merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk mencari bakat-bakat baru didalam bidang sukan OKU diperingkat akar umbi.
Dalam program tersebut, seramai 41 orang peserta telah diuji dalam beberapa komponen iaitu antropometeri, kuasa, kelajuan, ketangkasan dan keseimbangan yang dikendalikan oleh penguji-penguji daripada JBSWPKL seramai 12 orang serta rakan strategik Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya KL (PESRON).
BUKIT JALIL, 24 Mei 2022:PBSK Seputeh hadir untuk memberi sokongan di sidang media Ekspo Sukan Berbasikal, MyCycleXpo 2022 yang diadakan di auditorium Stadium Nasional Bukit Jalil.
Penganjuran ini menyediakan pelbagai aktiviti seperti pusat jualan barang sukan berbasikal berjenama, sesi menunggang basikal bersama bekas pelumba profesional negara , pertandingan pushbike bagi kategori kanak-kanak dan banyak lagi.
MyCycleXpo ini akan diadakan di dalam ruang Axiata Arena selama 3 hari bermula 29-31 Julai 2022. Ayuh kunjungi ekspo ini !
BUKIT JALIL, 21 Mei 2022: Seramai 7 orang kanak-kanak Autisme telah menyertai program Rakan Muda Day Out kali ini. Para peserta telah ditemani oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing. Program Rakan Muda Day Out ini telah selesai dilaksanakan di Uniq Rainbow Learners, Pusat Jagaan Autisme Pelangi Unik, Bukit Jalil.
Pusat Jagaan Autisme Pelangi Unik ini merupakan institusi yang berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menumpukan kepada penjagaan khas kanak-kanak Autisme.
Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan bersama kanak-kanak Autisme ini adalah pembentangan laporan aktiviti tahunan, demostrasi menaip, ramah mesra bersama ibu bapa dan penjaga serta aktiviti-aktiviti sukaneka yang lain.
Program Rakan Muda Day Out yang dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Inspirasi turut disertai oleh Encik Javiques Badana anak Joannis, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.
Program ini telah berjaya mencapai objektif pelaksanaan Rakan Muda Day Out dengan penglibatan seramai 20 orang ahli Kelab Sukan Kecergasan Inspirasi iaitu menyediakan platform kepada belia untuk melaksanakan aktiviti kesukarelawanan secara sistematik, mendedahkan belia melalui pembelajaran dan pengalaman secara hands-on menggunakan inisiatif dan kreatif dalam melaksanakan aktiviti di peringkat akar umbi dan komuniti serta telah mencapai objektif untuk mendidik dan mengalakkan belia untuk menceburi dunia kesukarelawanan secara profesional.
BUKIT KIARA, 19 Mei 2022:Satu sesi lawatan kerja ke fasiliti Jabatan Belia dan Sukan WPKL oleh Jawatankuasa Kerja Pengkomersialan Industri Sukan bagi Program Kolaborasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah berlangsung dengan jayanya pada pagi tadi.
Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat lagi fasiliti-fasiliti di JBSWPKL di samping mengenalpasti kaedah komersil yang boleh diaplikasikan dalam perancangan sebarang program yang membabitkan kedua-dua belah pihak berkenaan.
Lawatan kerja tersebut telah dihadiri oleh para pegawai MPC, Sekretariat Industri Sukan dan pegawai KBS selaku anggota jawatankuasa terbabit.
Mewakili pihak Jabatan pula adalah pegawai-pegawai kanan Jabatan seperti Timbalan Pengarah Bah. Pembangunan Belia, Pen. Pengarah Bah. Pembangunan Rakan Muda, Pengurus dan Penyelia Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara serta Pem. Belia dan Sukan daripada Bah. Pembangunan Rakan Muda.
Semoga pertemuan serampang dua mata ini dapat menjadi medan berkesan dalam perencanaan pelbagai program yang menarik pada masa akan datang di fasiliti-fasiliti Jabatan.
BUKIT KIARA, 20 Mei 2022:Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya KL (PESRON)akan menganjurkan Program Inspire iTalent 2022 Peringkat WP Kuala Lumpur seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 28 Mei 2022 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Aras 3, Kompleks Belia dan Sukan Kg. Pandan, Kuala Lumpur
Berminat untuk menjadi Atlit Paralimpik Negara? Jom sertai ujibakat yang akan diadakan. Untuk pendaftaran sila isi link Google Form dibawah
KUALA LUMPUR, 20 Mei 2022:Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini diketuai oleh Tuan Pengarah, En. Asmori Bin Haji Sa’ahari berpeluang mengadakan pertemuan bersama Pengarah Pendidikan WP Kuala Lumpur di pagi Jumaat yang indah.
Kunjung hormat ini membawa hasrat menjalinkan kerjasama diantara kedua-dua pihak dalam pelbagai aspek terutamnya selaras dengan misi dan visi serta KPI Jabatan.
Pelbagai sesi perkongsian dan percambahan idea diutarakan bagi merealisasikan harapan dan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengaturkan mesyuarat khusus demi pembangunan pelajar dan warga pendidik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jabatan Pendidikan WPKL juga membuka ruang dan peluang kepada NGO’s yang berdaftar dibawah Kementerian Belia dan Sukan untuk sama-sama berkongsi kepakaran, pengalaman serta menganjurkan program-program Belia, Sukan atau Rakan Muda untuk meningkatkan pembangunan serta kemahiran pelajar dan warga pendidik.
KAMPUNG PANDAN, 19 Mei 2022: JALINAN UTUH HUBUNGAN STRATEGIK merupakan tema kepada Majlis Sambutan Hari Belia Raya Tahun 2022. Majlis ini merupakan inisiatif Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak bersama-sama Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa, Bukit Bintang dan Pejabat Kompleks Belia dan Sukan Kuala Lumpur.
Antara jemputan yang hadir melibatkan Pengurusan Tertinggi Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pihak persatuan belia dan sukan, institusi pendidikan, individu perseorangan serta rakan strategik setiap pejabat masing-masing.
Jalinan baik hubungan silaturahim diantara pegawai dan kakitangan bersama-sama rakan strategik merupakan tunjang kepada kejayaan program-program yang telah dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.