KAMPUNG PANDAN, 26 Jun 2022 - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak pada hari ini telah menerima delegasi kunjung hormat daripada Presiden dan ahli Pergerakan Belia Inspirasi.Seramai 12 orang ahli Pergerakan Belia Inspirasi turut serta hadir kunjung hormat yang telah berlangsung bertempat di Bilik Mesyuarat Lembah Pantai.Presiden Pergerakan Belia Inspirasi telah memperkenalkan barisan kepimpinan Pergerakan Belia Inspirasi Sesi 2022-2024. Sebanyak 4 cadangan kertas kerja telah dibentangkan untuk kerjasama program pada masa hadapan.Terima kasih kepada Presiden dan ahli Pergerakan Belia Inspirasi kerana telah sudi mengadakan kunjung hormat ke atas Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.Disediakan olehUnit BeritaPejabat Belia dan Sukan KawasanCheras/Bandar Tun Razak
KAMPUNG PANDAN, 26 Jun 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/ Bandar Tun Razak turut hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Sukarelawan Malayan Tiger Run Day 2022 yang di pengerusikan oleh Pengerusi Kelab Sukan Kecergasan Inspirasi atau lebih dikenali dengan nama Inspiration Fitness Club (IFC). Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi menyelaras tugas-tugas sukarelawan semasa Program Malayan Tiger Run Day 2022 akan diadakan pada 30 Julai 2022 bertempat di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.Disediakan olehUnit BeritaPejabat Belia dan Sukan KawasanCheras/Bandar Tun Razak
20 Jun 2022 - Rasai kehangatan Program 1000 Liga yang merupakan program baharu dan terkini di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras Bandar Tun Razak.Sebanyak 7 SUKAN akan dipertandingkan sepanjang program 1000 Liga ini berlangsung. Antara sukan tersebut adalah Ping Pong, Badminton dan Catur serta 4 lagi sukan yang pastinya MENARIK minat anda.Ikuti kami dengan lebih rapat untuk mengetahui 4 lagi jenis sukan yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini.Program 1000 LigaDisediakan olehUnit Berita Pejabat Belia dan Sukan KawasanCheras Bandar Tun Razak
20 Jun 2022 - Nantikan pengumuman aktiviti bagi 6 Segmen Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Cheras Bandar Tun Razak.6 Segmen tersebut adalah:1. Segmen Modal Insan2. Segmen Ekonomi3. Segmen Dari Belia Untuk Belia4. Segmen Gaya Hidup Aktif5. Segmen Seni Kreatif dan Digitalisasi6. Segmen Kenegaraan dan PatriotismeDisediakan olehUnit BeritaPejabat Belia dan Sukan KawasanCheras Bandar Tun Razak
Cheras, 19 Jun 2022 – Hari in satu detik bersejarah telah tercipta apabila Pejabat Belia dan Sukan Kawasan (PBSK) Cheras/Bandar Tun Razak telah memperkenalkan Logo baru bagi menunjukkan identiti dan ciri khas PBSK Cheras/Bandar Tun Razak. Logo tersebut menunjukkan komitmen PBSK Cheras/Bandar Tun Razak dalam memegang amanah pembangunan belia dan sukan di Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak.Keterangan logo:-Bulatan : semangat muafakat warga kerja dan pemegang taruh akar umbi5 bintang : 5 orang warga kerja yang komited dalam melaksanakan tugasLambang Harimau : semangat jitu dalam melaksanakan tugasDaun emas: pematuhan kepada Prinsip Rukun Negara dalam melaksanakan tugasWarna biru : Semangat perpaduan dalam kalangan warga kerja dan pemegang taruh akar umbiWarna kuning : Ketelusan dalam melaksanakan tugasanDisediakan olehUnit BeritaPejabat Belia dan Sukan KawasanCheras/Bandar Tun Razak
CHERAS, 18 Jun 2022 - Telah selesai sesi lawatan tapak Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Cheras. Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Cheras serta pelaksanaan SEGMEN Hari Belia Negara akan diadakan di Dewan Kampo, Fit Arena dan Bilik Merak Pusat Belia Antarabangsa Cheras.Nantikan pengumuman program-program yang akan dilaksanakan.Disediakan olehUnit BeritaPejabat Belia dan Sukan KawasanCheras/Bandar Tun Razak
Cheras, 17 Jun 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Persatuan Pergerakan Pemuda Malaysia Taman Pertama dan Taman Midah.Persatuan Pergerakan Pemuda Malaysia atau lebih dikenali sebagai YMM adalah merupakan pertubuhan gabungan Majlis Belia Malaysia.Nantikan aktiviti dan program sempena Hari Belia Negara akan dating.Disediakan olehUnit BeritaPejabat Belia dan Sukan KawasanCheras/Bandar Tun Razak
CHERAS, 15 Jun 2022 - Telah selesai mesyuarat penyelarasan Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Cheras.Penyelarasan telah dilakukan bersama Majlis Belia India Malaysia Cawangan Cheras @miyc_cheras Nantikan pelbagai program yang akan dirancang dalam masa terdekat.Nantikan pengumuman rasmi lokasi Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Cheras.Disediakan olehUnit BeritaPejabat Belia dan Sukan KawasanCheras/Bandar Tun Razak
SUNGAI BESI, 12 Jun 2022 - Telah selesai Kejohanan Sepak Takraw MSL Peringkat Kawasan Cheras telah berlansung di Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang bertanding dan pemenang yang akan mewakili Kawasan Cheras untuk bermain di peringkat negeri. Senarai pemenang seperti berikut:Johan : Sri Melaka Titan 2Naib Johan : BRTCKetiga bersama : Cheras Cop A & Sri Melaka Titan 1Syabas dan tahniah.