Kuala Lumpur,5 Julai 2022 - Telah diadakan Perbincangan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Wangsa Maju bertempat di Line Clear Nasi Kandar Restaurant@Kampung Baru, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh Majlis Belia Kawasan Wangsa Maju dan Kelab Belia sekitar Wangsa Maju.
Perincian program sambutan telah disampaikan oleh Puan Norsafinah binti Haya, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju. Perlaksanaan Sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini adalah berbentuk mini karnival dan berteraskan enam segmen iaitu modal insan, ekonomi, daripada belia untuk belia, gaya hidup aktif, seni kreatif dan digitalisasi dan kenegaraan dan patriotisme yang merangkumi penyertaan secara fizikal atau secara atas talian.
Program berkenaan dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos 2022 dan merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju dengan kerjasama persatuan belia di sekitar kawasan Wangsa Maju.
Turut dicadangkan pilihan tarikh dan lokasi Sambutan Hari Belia Negara peringkat Kawasan Wangsa Maju nanti.

- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 153