- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 206
BENGKEL TADBIR URUS (BTU) PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT WP KUALA LUMPUR TAHUN 2022
CHERAS, 18 Jun 2022 - Bahagian Pembangunan Belia dan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah menghadiri Bengkel Tadbir Urus (BTU) Pertubuhan Belia Peringkat WP Kuala Lumpur anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.
Objektif penganjuran adalah menjurus kepada 4 elemen utama iaitu MYKD, Pindaan Perlembagaan, Star Rating dan taklimat dari SPRM. Bengkel ini juga turut melibatkan Badan-Badan Gabungan di bawah Majlis Belia WP dan persatuan-persatuan tunggal di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Majlis penutup dan penyampaian sijil peserta disampaikan oleh En. Asmori bin Hj Sa'ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur diiringi Pn. Hjh Siti Nazariah binti Hj Abdul Razak, Ketua Penolong Pendaftar, Cawangan Pendaftaran, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Bahagian Pembangunan Belia, Unit Pembangunan Sosial JBS WPKL diwakili oleh Encik Mohd Khairi bin Nasir, Puan Malahayati binti Zahlan dan En Muhammad Amirul Hakim bin Mohd Rafie. Bengkel ini dihadiri seramai 54 orang peserta dan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh persatuan/NGO di bawah WP Kuala Lumpur.
#KBS #jbskl
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 206
