BUKIT KIARA, 8 JUN – Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur menerusi Bahagian Pembangunan Rakan Muda telah menerima kunungan hormat dari pihak majlis tertinggi Sekretariat Rakan Muda UniKL MIIT bagi membincangkan kerjasama yang lebih kukuh diantara UniKL MIIT dengan Jabatan Belia dan Sukan WPKL berkaitan hal ehwal belia, sukan dan rakan muda.
Mesyuarat ringkas turut dijalankan dengan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan WPKL Encik Lim sambal disertai oleh Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Cik Magdelene Anak Majah, Pengurus Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Encik Nazeri Gaib dan Encik Syafiq Asyraf Zulkarnain, Unit Pembangunan dan Komuniti.
UniKL MIIT pula diwakili oleh Timbalan Dekan Hal Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus, Cik Samratul Janin Sidal, Penasihat SRM UniKL MIIT, Dr. Suriana Binti Ismail dan juga Osama Laden Bin Mohd Zaidi, Presiden SRM UniKL MIIT dan juga Timbalan Presiden 1 SRM UniKL MIIT, Syed Nasir bin Wan Abdurahman.
Beberapa program juga telah dirancang dan kerjasama akan terus dijalin dalam setiap program akan dating bagi memantapkan pelajar-pelajar UniKL MIIT dalam segala aspek Belia, Sukan dan Rakan Muda
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 173
