BUKIT KIARA, 18 Mei 2022 - Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu telah berkesempatan untuk melawat Asrama Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara pada sebelah petang tadi. Beliau yang segak mengenakan baju melayu lengkap bersampin telah berbesar hati untuk meluangkan sedikit masa beliau di Asrama Kompleks sebelum berangkat menghadiri rumah terbuka yang diadakan di lokasi yang berhampiran dengan Kompleks.
Pegawai-pegawai kanan Jabatan, diketuai oleh Tuan Pengarah dengan berbesar hati telah menyambut ketibaan beliau di Lobi Kompleks.
Bukit Kiara, 10 Mei 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju pada hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerak Kawasan Wangsa Maju bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Batu / Wangsa Maju.
Turut dibincangkan mengenai pelaksanaan MSL di peringkat kawasan Wangsa Maju.
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju telah diketuai oleh oleh Puan Norsafinah binti Haya selaku Pegawai Belia dan Sukan dan ditemani oleh Encik Safian bin Mat Sahat Pembantu Belia dan Sukan manakala Pengerak Kawasan Wangsa Maju diwakili oleh Encik Fairuz.
18 Mei 2022, Bukit Kiara - Telah selesai Majlis Pra Pelancaran Malaya Tiger Run Day 2022 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.
Program Malaya Tiger Run Day 2022 ini merupakan program anjuran Kelab Sukan Kecergasan Inspirasi dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.
Program akan dilaksanakan pada bulan Julai 2022 bertempat di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak.
11 Mei 2022, Cheras - Sanitasi mingguan di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Chers/Bandar Tun Razak telah dilakukan oleh pejabat pengurusan Kompleks Belia dan Sukan Kuala Lumpur.
Ini memastikan kaedah pencegahan COVID-19 mash tetap diteruskan di kala SOP telah banyak dilonggarkan.
10 Mei 2022, Cheras - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah menerima bahan promosi berbentuk Beach Flag daripada Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ucapan khas terima kasih kepada pihak pengurusan JBSWPKL di atas inisiatif promosi ini.
Bahan-bahan promosi seperti ini amat baik untuk diteruskan bagi membina imej Pejabat Belia dan Sukan Kawasan di peringkat akar umbi.
Hanoi, 16 Mei - Pesilat negara Khairul Adib Azhar mempamerkan semangat juang tinggi meskipun menerima serangan psikologi daripada kem lawan dari Indonesia.
Adib baru berusia 19 tahun dan berasal dari sekolah sukan WP Kuala Lumpur ditemu bual oleh Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Syafiq Asyraf Zulkarnain mengatakan bahawa minatnya dalam silat adalah daripada ibu dan bapanya yang juga seorang bekas pesilat negara.
Emas dalam silat tanding akhirnya berjaya di menangi oleh pesilat negara Khairul Adib Azhar yang berjaya menewaskan Pesilat Indonesia Khoiruddin Mustakim dalam kelas putra B 50-55 kg.
Perlawanan berlangsung agak sengit dengan kedua-dua pesilat mempamerkan aksi cemerlang. Adib melakukan 2 jatuhan 18 tendangan 9 tumbukan manakala lawannya melakukan 6 jatuhan 22 tendangan dan 3 tumbukan
Namun Pada saat- saat akhir perlawanan, pesilat indonesi dikenakan hukuman potongan 10 mata selepas melakukan tendangan di bahagian leher Adib sekaligus memberikan kelebihan kpd adib
Adib teros mengambil peluang itu untuk mempertahankan kelebihan mata yg dimiliki sekaligus memenangi perlawanan dgn kiraan mata 50-49.
Pingat gangsa acara ini dikongsi dua pesilat dari thailand dan vietnam
HANOI, 17 MEI - Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Syafiq Asyraf Zulkarnain berpeluang untuk mengadakan sesi bual bicara bersama pemenang pingat emas dalam acara Lompat Kijang dalam Laporan Harian Sukan Sea Vietnam 2021 yang disiarkan secara langsung di saluran SUKAN RTM.
Atlet olahraga negara Andre Anura Anuar berjaya merangkul pingat emas dalam acara acara lompat kijang lelaki Sukan SEA ke-31 hari ini.
Kejayaan atlet muda kelahiran Sabah di Stadium Nasional My Dinh itu turut memastikan kem olahraga menepati sasaran lima pingat emas pada temasya kali ini yang juga emas ke-22 Malaysia.
Kejayaan itu sekali gus mengubati kedukaan atlet berumur 22 tahun itu yang sebelum ini gagal menyumbang emas acara lompat jauh serta enam lompatannya dibatalkan.
Andre Anura mencatat sejarah tersendiri dengan emas diraihnya hari ini selepas melakukan 16.51m, lompatan mengatasi catatan terbaik peribadi 16.09m dilakukan di Terbuka Malaysia Mac lepas.
Atlet Filipina Mark Harry Diones Aloto (15.87m) dan wakil tuan rumah Tran Van Dien (15.84m) masing-masing meraih perak dan gangsa manakala seorang lagi atlet negara Brendon Ting Li King (15.48m) menamatkan saingan di tempat ketujuh.
HANOI, 9 MEI- Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Syafiq Asyraf Zulkarnain telah menyertai delegasi dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk membuat liputan berkenaan Temasya Sukan SEA Vietnam yang berlangsung di Hanoi.
Pada Sukan SEA Hanoi 2021 yang dijadual berlangsung dari 12 hingga 23 Mei, Malaysia menghantar kontinjen dengan jumlah keseluruhan 864 orang, terdiri daripada 589 atlet dan 217 pegawai.
Kontinjen Malaysia bakal mengambil bahagian dalam 37 jenis sukan daripada keseluruhan 40 yang dipertandingkan melibatkan 338 acara daripada keseluruhan 526 acara.
HANOI, 14 MEI - Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Syafiq Asyraf Zulkarnain berkesempatan menemubual pemenang pingat emas bagi acara lontar tukul besi lelaki dan wanita di Temasya Sukan Sea Vietnam 2021 Jackie Wong dan Grace Wong.
Grace Wong berjaya merangkul pingat pertama bagi kontinjen olahraga Malaysia. Balingan sejauh 57.13 meter menerusi cubaan keempatnya itu menewaskan pesaing tradisi dari Thailand.
Jackie Wong juga turut merampas kejuaraan dari pesaing tradisi dari thailand, dengan menghadiahkan emas bagi acara baling tukul lelaki. Perlawanan sengit antara jackie dan Kittipong Boonmawan dari Thailand berpihak pada Jackie pada balingan terakhir dengan balingan sejauh 66.49 meter. Sadat Marzuki berkongsi detik manis dengan menyumbang gangsa bagi acara yang sama.
Zaidatul Husniah Zulkifli menamatkan perlumbaan final 200 meter wanita di tempat kelima dan Siti Fatima Mohamad menamatkan larian di tempat kelapan.
Manakala bagi acara final lelaki pula, Muhammad Arsyad Md Saat berada di tempat keempat dan seorang lagi pelari negara Jonathan Nyepa berada di tempat keenam.