- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 97
PBSK BUKIT BINTANG KOMITED DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT TRANSFORMASI DIGITAL DI ALAF BAHARU
2 Ogos 2022 / PBSKBB
PBSK Bukit Bintang komited dalam merealisasikan matlamat transformasi digital di alaf baharu.
Menerusi perbincangan santai yang diadakan antara seluruh warga kerja PBSKBB, antara objektif yang digariskan dan ingin direalisasikan adalah termasuk memastikan PBSKBB tidak terkecuali daripada pembabitan/ perhubungan secara terus dengan orang ramai menerusi pendekatan digital.
Hal ini dapat dicapai dengan memastikan PBSKBB sentiasa kekal relevan dalam dunia teknologi dan informasi menerusi pelbagai bentuk saluran yang 'hanya di hujung jari' seperti penggunaan e-mel pejabat serta penyampaian hebahan dan berita menerusi media sosial masa kini.
Teruskan mengikuti PBSK Bukit Bintang di Facebook, Instagram dan Twitter bagi mendapatkan perkembangan semasa dengan lebih pantas!
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 97