21 Mac 2022, Kuala Lipis - Modul Kursus Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) Tahap 1 bagi Kursus Kepegawaian Kementerian Belia dan SUkan (KKKBS) Tahun 2022 telah selesai dilaksanakan. Modul selama 5 hari bermula 17 Mac itu memfokuskan kepada Latihan untuk melatih dan memberikan penganugerahan Penguji kepada Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan di seluruh negara.
Encik Anuar bin Hamid, Penolong Pengarah Rakan Muda bersama dua orang kakitangan JBSWPKL telah dipilih sebagai Urus Setia dan Fasilitator bagi Modul Kursus UKJK Tahap 1 kali ini.
10 Mac 2022, Bukit Kiara - Sekretariat Rakan Muda UniKL MIIT telah mengadakan sesi perbincangan bersama Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSWP Kuala Lumpur. Sesi perbincangan ini diketuai oleh Encik Anuar bin Hamid, Penolong Pengarah Rakan Muda bersama Saudara Osama Laden bin Mohd Zaidi, Presiden SRM UniKL MIIT dan Jawatankuasa.
Pelbagai bentuk program telah dibincangkan dan dirangka bagi memberi input serta nilai tambah kepada Belia IPT khususnya untuk melonjakkan penyerlahan potensi golongan sasaran ini.
Program-program berteraskan khidmat masyarakat, kesukarelawanan serta sukan dan kecergasan turut dirangka bagi memastikan aspek gaya hidup yang seimbang dapat dipraktikkan. Nantikan gerakan SRM UniKL di Kuala Lumpur dalam memperkasakan program-program Pembangunan Rakan Muda ini.
Ipoh, 20 Mac 2022 - Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Syafiq Asyraf Bin Zulkarnain telah menerima pengiktirafan sebagai Pegawai Subject Matter Expert (SME) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia berdasarkan kriteria pegawai yang mempunyai kepakaran tertinggi dalam bidang tertentu diluar tugas hakiki.
Mempunyai kemahiran dalam pengacaraan dan pengulasan sukan, berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang tersebut. Antara acara sukan yang pernah ditugaskan adalah Kejohana Bola Sepak Piala Dunia 2014, Piala AFF Suzuki 2016, 2018 adn 2020, Kejohanan Bola Sepak EURO 2020 dan juga kelayakan Piala Dunia AFC. Selain itu, turut mengacarakan beberapa sukan utama seperti Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dan juga Piala Thomas 2021 dan juga Kejohanan Badminton Akhir Jelajah Dunia 2021.
Ipoh, 20 Mac 2022- Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Syafiq Asyraf Bin Zulkarnain telah menghadiri program KBS town hall bertajuk mereyakasa kelestarian sinergi dan kecemerlangan profession belia dan sukan bersama YB Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Belia dan Sukan dan juga YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.
Program turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang membolehkan peserta mengajukan pelbagai soalan dengan lebih menarik dan dapat dirumuskan dengan sempurna.
Ipoh, 20 Mac 2022- Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Syafiq Asyraf Bin Zulkarnain telah menyertai Program Belia dan Sukan di Klebang, Ipoh Perak. Program yang bermula seawal 7 pagi itu dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran agensi-agensi kerajaan, program pemberian vaksin kepada kanak-kanak, back to school dan juga aktiviti sukan seperti senaman aerobik dan juga berbasikal fun ride.
Ipoh, 19 Mac 2022 - Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Syafiq Asyraf Bin Zulkarnain telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Penolong Pegawai dan Pembantu Belia dan Sukan Semenanjung Malaysia (KPPPBSSM) bertempat di Impiana Ballroom, Impiana Hotel, Ipoh Perak.
AGM turut menyaksikan perlantikan jawatan utama kesatuan antaranya Presiden, Naib Presiden, Setiausah dan lain-lain. Beberapa wakil dari Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut terpilih menjawat beberapa jawatan antaranya Puan Siti Rahayu dari PBSK Putrajaya dan Encik Idil Roslan Dari PBSK Bukit Bintang.
Ipoh. 19 Mac 2022 - Telah berlangsung sesi ceramah bertajuk " Menyemai "Cool Factor" dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Belia dan Sukan yang telah dijalankan di Impiana Ballroom, Impiana Hotel, Ipoh.
Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah terkenal iaitu Datuk Ustaz Kazim Elias yang berlangsung selama dua jam dengan pelbagai pengisian yang penuh bermanfaat diperolehi oleh semua peserta yang hadir.
Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Syafiq Asyraf Bin Zulkarnain antara yang hadir ke majlis ilmu tersebut.
IPOH- 18 MAC 2022- Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Syafiq Asyraf Bin Zulkarnain telah mewakili jabatan untuk hadir ke program Konvensyen Pegawai Belia dan Sukan Malaysia 2022 yang telah dijalankan di Impiana Hotel, Ipoh Perak.
Konvensyen ini julung kali diadakan selepas negara mengalami penularan pendemik Covid-19 selama hampir 2 tahun bertujuan untuk membincangkan lebih lanjut tentang skim S iaitu belia dan sukan bagi memastikan pegawai dalam skim ini sentiasa berkembang dan berdaya saing.
Program dijalankan selama 3 hari dengan pelbagai aktiit dan modul telah disusun bagi memastikan pengisian terbaik dapat diperolehi oleh peserta-peserta yang hadir ke konvensyen tersebut.
KUALA LUMPUR, 25 Februari 2022:Jabatan Belia Dan Sukan Negara akan melaksanakan Program Felo Perdana dan Felo Korporat. Program ini adalah sebuah program berbentuk internship yang melibatkan penempatan mentee (felo) bersama mentor yang terdiri daripada kalangan Ahli-ahli Jemaah Menteri Dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Korporat.
Permohonan menyertai program ini telah dibuka secara dalam talian di pautan http://myfelo.kbs.gov.my/ bermula dari 25 Februari 2022 hingga 31 Mac 2022.
Ini masanya! Ayuh anak muda semua! Jom sertai program Felo Perdana & Felo Korporat! Berikut merupakan info program
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Felo iaitu En. Mujahid Mohd Rahim dan En. Rizal Asyraaf Ramli di talian 03-8871 3293/3161 atau Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia Dan Sukan WPKL di talian 03-2081 5800.