Putrajaya : Program Mr. Putrajaya 2022 telah diadakan pada 5 Mac yang lalu di Dewan Serbaguna Wisma Sumber Asli.
Program ini telah dihadiri oleh peserta-peserta dari pelbagai negeri.
Pihak PBSK Putrajaya juga telah menjalankan pemantauan oleh Sport Bubble Volunteer bagi memastikan program yang dijalankan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
15 Mac 2022, Cheras - Sedang berlangsung perbincangan kemudahan untuk pertandingan Badminton Berpasukan MSL Cheras/Bandar Tun Razak di Bubble Sports Complex, Taman Segar.
Sesi lawatan tapak dan perbincangan dihadiri oleh Puan Zabrina Ezura binti Zakria Pegawai Unit Sukan dan Encik Zarulhisham bin Ramli, Pembantu Belia dan Sukan.
11 Mac 2022, Bukit Kiara - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah menghantar pencalonan bagi Kategori Individu Lelaki dan Pertubuhan dalam menyertai Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penyerahan borang pencalonan telah disempurnakan di Pejabat Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
9 Mac 2022, Cheras - Telah selesai sesi perbincangan diantara Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak dan Pegawai Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Cheras.
Sesi perbincangan telah dihadiri oleh Encik Javiques Badana anak Joannis dan Encik Mohd Ridhwan bin Mohd Rozmi.
Pelbagai perancangan aktiviti telah dibincangkan dan pelbagai percambahan idea bagi mengukuhkan dan memantapkan pelaksaan KBT di Parlimen Bandar Tun Razak.
7 Mac 2022, Cheras - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras telah hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kawasan Berisiko Tinggi Bandar Tun Razak (KBT).
Pelbagai topik perbincangan telah diadakan bagi memenuhi objektif Program KBT di Parlimen Bandar Tun Razak.
PERJUMPAAN PERSATUAN BELIA KAWASAN TITIWANGSA BERSAMA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN KAWASAN TITIWANGSA/ SETIAWANGSA
23 Februari, Kg. Pandan - Satu perjumpaan antara Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa telah diadakan pada hari ini bersama persatuan-persatuan belia di Kawasan Titiwangsa. Antara tujuan utama sesi perjumpaan ini dijalankan adalah bagi menyampaikan maklumat terkini berkaitan program-program belia dan sukan yang akan dijalankan bermula bulan Mac sehingga bulan Jun 2022. Pengerusi Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, Saudara Mohd Nizam bin Salleh juga turut membentangkan perancangan-perancangan program di bawah MBK bersama agensi setempat. Semoga pertemuan ini akan dapat mengertkan lagi tali silaturahim dan kerjasama antara PBSK dengan NGO setempat.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
MESYUARAT PENGURUSAN KAWASAN TITIWANGSA/ SETIAWANGSA BIL.1/2022
23 Februari, Kg. Pandan - Satu mesyuarat pengurusan telah diadakan pada hari ini antara Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa bersama kakitangan Antara tujuan utama mesyuarat pengurusan ini dijalankan adalah bagi menyampaikan maklumat terkini berkaitan amanat-amanat Pengarah dan juga program-program belia dan sukan yang akan dijalankan bermula bulan Mac sehingga bulan Jun 2022. Pegawai juga turut memberikan peringatan kepada kakitangan supaya sentiasa mematuhi SOP di dalam pejabat serta memaklumkan segera sekiranya ada dikalangan pegawai atau kakitangan yang disahkan positif covid atau menjadi kontak rapat agar dapat membuat kuarantin kendiri. Pegawai turut mengingatkan supaya sentiasa bekerjasama dan dapat mengertkan lagi tali silaturahim dan kerjasama antara PBSK dengan NGO Belia dan Sukan di kedua-dua kawasan.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
KERJA-KERJA PEMBERSIHAN STOR KAWASAN TITIWANGSA/ SETIAWANGSA DIJALANKAN SECARA BERPERINGKAT
25 Februari, Kg. Pandan - Kerja-kerja pembersihan stor Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa telah dijalankan secara berperingkat-peringkat bagi mengansingkan barangan yang masih boleh digunakan dan yang perlu dilupuskan. Kerja-kerja pembersihan ini akan dijalankan sehingga pejabat ini diarahkan berpindah ke lokasi yang dicadangkan iaitu Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa