LAWATAN KE PEJABAT BAHARU PEJABAT BELIA DAN SUKAN KAWASAN CHERAS/BANDAR TUN RAZAK
12 Februari 2022, Bukit Kiara - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak turut mengambil peluang melawat ke lokasi cadangan bagi Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak yang baharu.
Cadangan pejabat baharu adalah di Aras 1, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.
PROGRAM KAYUH PELAN-PELAN BERSAMA YB MENTERI BELIA DAN SUKAN SEMPENA COFFEE RIDE KL CAR FREE MORNINGTAHUN 2022
Kuala Lumpur, 20 Februari 2022 - Sempena Coffee Ride KL Car Free Morning tahun 2022 yang berlangsung pada hari ini, turut diadakan Program Kayuh Pelan - Pelan YB Menteri Belia dan Sukan. Aktiviti ini bermula di Menara DBKL dan berakhir di Hotel Campbell Jalan Tunku Abdul Rahman.
Pelepasan aktiviti ini telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu .
Program ini merupakan inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dalam program tersebut, peserta turut berlari dan berkayuh secara santai yang melibatkan jarak 7 hingga 10 kilometer sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Turut serta dalam program berkenaan adalah Y.Bhg Encik Asmori bin Haji Sha’ari selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur bersama -sama dengan pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur yang bertugas sebagai urusetia dalam menjayakan program tersebut.
Dalam program berkenaan, Cik Hazriati binti Abdul Hamid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan serta Encik Mohd Safian bin Mat Sahat, Pembantu Belia dan Sukan turut bertugas sebagai urusetia program mewakili Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju.
PERSIAPAN PENYEDIAAN KIT PESERTA BAGI JAWATANKUASA MAKAN DAN MINUM PROGRAM KAYUH PELAN-PELAN BERSAMA YB MENTERI BELIA DAN SUKAN SEMPENA KUALA LUMPUR CAR FREE MORNING TAHUN 2022
Bukit Kiara, 18 Februari 2022 - Telah diadakan persiapan penyediaan kit peserta bagi Jawatankuasa makan dan minum Program Kayuh Pelan - Pelan bersama YB Menteri Belia dan Sukan sempena Kuala Lumpur Car Free Morning Tahun 2022 pada petang ini bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju.
Turut serta dalam persiapan tersebut adalah Cik Hazriati binti Abdul Hamid, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju, Puan Marina binti Yusoff, Bahagian Pentadbiran dan Encik Amirul Hakim, Bahagian Pembangunan Belia serta dibantu oleh Puan Rogayah binti Abu Bakar, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh dan Cik halilawati binti Ali Piah, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju.
PERBINCANGAN GERAK KERJA BAGI PROGRAM SUKAN TAHUN 2022
Bukit Kiara, 17 Februari 2022 - Satu perbincangan gerak kerja bagi program sukan tahun 2022 telah diadakan pada hari ini bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju.
Antara yang diberi tumpuan dalam perbincangan tersebut adalah berkaitan dengan perancangan dan gerak kerja bagi program sukan tahun 2022 dan mengenal pasti persatuan / kelab sukan yang masih aktif di kawasan Batu dan Wangsa Maju.
Perbincangan tersebut di antara Cik Hazriati binti Abdul Hamid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan Encik Safian bin Mat Sahat, Pembantu Belia dan Sukan.
Urusetia Kuala Lumpur Extreme Jam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang sudi menyertai pertandingan BMX Flatland. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
Johan
Hafiz Abd Wahab
Naib Johan
Wan Mohd Shah
Tempat Ketiga
Nur Hazme
Tempat Keempat
Izwan Roslan
Tempat Kelima
Shafiq Wahid
Hadiah telah disampaikan oleh Dr Hasnul Faizal, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Beliau telah diiringi En Shafiq Shahar, pegawai Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dan En. Mohd Shazmil, Presiden Kelab Sukan Rekreasi Presint Diplomatik.
BUKIT KIARA,14 FEB - Urusetia Kuala Lumpur Extreme Jam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang sudi menyertai pertandingan BMX Park. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
Johan
Syafiq Norazlan
Naib Johan
Zafrin Shah
Tempat Ketiga
Muhd Nur Stures
Tempat Keempat
Saiful Ariff
Tempat Kelima
Mohd Noor
Hadiah telah disampaikan oleh Dr Hasnul Faizal, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Beliau telah diiringi En Shafiq Shahar, pegawai Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dan En. Mohd Shazmil, Presiden Kelab Sukan Rekreasi Presint Diplomatik.
BUKIT KIARA, 14 FEB - Urusetia Kuala Lumpur Extreme Jam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang sudi menyertai pertandingan skateboard kategori terbuka. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
Johan
Zainul Mutaqien
Naib Johan
Zai Furqan
Tempat Ketiga
Yaziru Amiru
Hadiah telah disampaikan oleh Dr Hasnul Faizal, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Beliau telah diiringi En Shafiq Shahar, pegawai Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dan En. Mohd Shazmil, Presiden Kelab Sukan Rekreasi Presint Diplomatik.
BUKIT KIARA, 14 FEB- Urusetia Kuala Lumpur Extreme Jam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang sudi menyertai pertandingan skateboard bawah 14 tahun. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
Johan
Muhammad Mer Nullah Khan (Momo)
Naib Johan
Haziq Shakeel
Tempat Ketiga
Finn
Hadiah telah disampaikan oleh Dr Hasnul Faizal, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Beliau telah diiringi En Shafiq Shahar, pegawai Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dan En. Mohd Shazmil, Presiden Kelab Sukan Rekreasi Presint Diplomatik.
BUKIT KIARA,12 FEB - Telah berlangsung Program KL Extreme Jem 2022 dengan aturcara program K bermula seawal jam 8.30 pagi untuk pendaftaran para peserta. Proses pendaftaran dilakukan sehingga jam 9.30 pagi (Peserta yang lewat mendaftar akan dibatalkan penyertaan).
Para peserta diingatkan agar membuat ujian saringan COVID-19 di rumah dan bawa gambar keputusan “COVID-19 RTK Test/Saliva Test" tersebut semasa mendaftar. Kit Ujian juga akan dijual di meja urusetia. (sekiranya tidak berkesempatan membuat ujian di rumah)
Para pengunjung dan peserta diingatkan agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Ini adalah bertujuan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan semua di kala kita masih lagi berperang dengan pandemik COVID-19.
Majlis turut dihadiri oleh Datuk Zaizalnizam Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan yang sudi meluangkan masa ke KL Extreme Jam.