10 Febuari 2022, Bukit Kiara - Pegawai Bahagian Pembangunan Sukan telah menghadiri Mesyuarat Bantuan Jabtab Belia dan Sukan WPKL yang dipengerusikan oleh Encik Asmori bin Hj. Sa’ahari.Bahagian Pembangunan Sukan mempunyai 2 senarai permohonan pemberian bantuan bagi program profail dan 7 senarai permohonan pemberian bantuan bagi program bukan profail. Turut hadir Encik Khairuddin bin Khalid, Setiausaha Bantuan JBSWPKL, Encik Tony Azman bin Hassan dan Encik Halman bin Salleh, Ahli Jawatankuasa Bantuan serta pegawai-pegawai JBWPKL.
7 Febuari 2022, Bukit Kiara - Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil bagi Program Kayuhan Menteri Belia dan Sukan Sempena KL Car Free Morning yang dipengerusikan oleh Encik Asmori bin Hj. Sa’ahari. Turut hadir Encik Tony Azman bin Hassan, Timbalan Pengarah JBSWPKL, Encik Halman bin Salleh, Timbalan Pengarah Sukan, Encik Anuar bin Hamid, Penolong Pengarah Rakan Muda serta Pegawai-pegawai dari setiap Pejabat Kawasan. Mesyuarat ini bertujuan untuk menubuhkan jawatankuasa kecil bagi melaksanakan program dengan lebih lancar dan berjaya.
Bukit Kiara, 8 Februari 2022 - Telah diadakan satu taklimat Sasaran Kerja Utama ( SKU) pada hari ini bertempat di Dewan Utama Kompleks Rakan Muda, Bukit Kiara.Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Puan Wan Nor Iza binti Mohd Nor, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan & Perkhidmatan Sokongan, JBSN dan dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Jabatan.Sasaran Kerja Utama ( SKU) akan diguna pakai sepenuhnya oleh pegawai dan kakitangan pada tahun 2022 bagi menilai prestasi kerja tahunan.Semua pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju hadir dalam taklimat berkenaan
Bukit Kiara, 8 Februari 2022 - Telah diadakan Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan Edisi Pertama Tahun 2022/1443H JBSWPKL yang berlangsung di Dewan Utama Kompleks Rakan Muda, Bukit Kiara. Majlis berkenaan telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan Unit Pentadbiran, JBSWPKL. Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg Encik Asmori bin Haji Sha’ari selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur dan dihadiri oleh semua pegawai dan Kakitangan Jabatan.Dalam majlis pada kali ini, pengarah telah menyampaikan amanat dan hala tuju JBSWPKL bagi tahun 2022 serta cabaran yang bakal ditempuhi.Turut diselitkan perkongsian ilmu daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) yang disampaikan oleh Encik Roslan bin Ahmad, Pegawai Pembangunan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) berkaitan rawatan, jenis kanser dan pelbagai maklumat berguna berkaitan kanser di Malaysia.Semua pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju hadir pada majlis berkenaan.
Bukit Kiara, 7 Februari 2022 - Telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Pengurusan Jabatan Bil.1/2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Kiara Utama, JBSWPKL.Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Encik Asmori bin Haji Sha’ari selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur dan dihadiri oleh semua Ketua Bahagian, Pegawai Kawasan.Dalam mesyuarat pada kali ini, pengerusi telah menyampaikan amanat berkaitan pentadbiran dan perancangan program bagi tahun 2022. Disamping itu juga, terdapat pembentangan laporan daripada setiap pejabat kawasan.Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju diwakili oleh Cik Hazriati binti Abdul Hamid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan.
10 Februari 2022, Cheras - Telah selesai Mesyuarat Pengurusan Bilangan 1 Tahun 2022 Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.Mesyuarat telah membincangkan pelbagai perkara untuk tujuan pembangunan belia dan sukan di kawasan Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak.
9 Februari 2022, Cheras - Telah selesai sesi perbincangan diantara Encik Javiques Badana anak Joannis, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak dan Puan Belinda dari Kelab Sukan Kecergasan Fievo.Program akan dilaksanakan pada 12 sehingga 14 dan 19 sehingga 20 Februari 2022 di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.
8 Februari 2022, Bukit Kiara - Telah selesai sesi fotografi rasmi Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Sesi fotografi turut disertai oleh Pegawai dan kakitangan di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.
9 Februari 2022, Cheras - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak merangkap Pengurus bagi KOMBES Kuala Lumpur telah menghadiri sesi fotografi bersama Penyelia dan kakitangan bagi Foto Rasmi Tahun 2022.Foto:Duduk dari kiri : Puan Nurhuda binti Mohamed Zin (Pembantu Tadbir P/O), Encik Mohd Sudin bin Mustapha (Penyelia), Encik Javiques Badana anak Joannis (Pengurus), Cik Siti Suhaila binti Mohd Johari (Pembantu Operasi).Berdiri dari kiri : Encik Mohd Zaim bin Mohd Sam (Pembantu Awam), Encik Razali bin Ahmad (Pembantu Operasi).