13 Januari 2021, Cheras - Telah selesai berlangsung majlis perpisahan Cik Hazriati binti Abdul Hamid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S32) yang merupakan Pegawai Unit Belia di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.Selamat Maju Jaya diucapkan kepada beliau yang akan bertukar keluar ke Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu/Wangsa Maju.
10 Januari 2022, Cheras - Lawatan mengejut daripada tuan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Asmori bin Haji Sa’ahari telah diadakan pada pagi ini. Sesi lawatan melibatkan kawasan ruang pejabat Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.
1 Jan 2022, Lanchang - Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Cendana & Cochrane hari ini melakukan kolaborasi bersama NGO sekitar Titiwangsa dalam Misi Bantuan Pasca Banjir bertempat di Lanchang, Pahang.Program serampang dua mata ini, telah memfokuskan kerja-kerja pembersihan rumah yang terkesan semasa banjir berlaku baru-baru ini. Dalam pada itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara golongan Belia dengan NGO setempat yang terdiri daripada mereka yang lebih berusia dari mereka.Pihak Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Titiwangsa mengucapkan jutaan Tahniah kepada semua sukarelawan yang terlibat dalam misi kali ini, usaha dan bakti kalian buat mereka yang kurang bernasib baik pasti akan dikenang.
15 Januari, Petaling Jaya - Perlawanan Persahabatan Bola Padang antara team Cawangan Jalan Raja Mahmud, Zon Kampong Bharu dengan Team Rakushi yang berkesudahan seri 0-0.Perlawanan persediaan awal bagi membina keserasian antara team sebelum menjelang sesi persahabatan antara Pilihan EXCO Gerakkan Belia 4B Malaysia Kawasan Titiwangsa yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Turut hadir bersama Sdr Fahmi Zakaria Pengerusi Kawasan Titiwangsa serta Ketua Cawangan sendiri Sdr Shahril Saleh.
22 Januari, Kg. Pandan- bagi penyarasan dan kemaskini sistem email terkini KBS, PBSK Titiwansga/Setiawangsa telah menjemput En. Faisal (MySTEP) bagi memberikan penerangan dan tunjuk ajar berkaitan mengemaskini email terkini menggunakan aplikasi google. Sistem kali ini dilihat lebih mudah untuk diakses menggunakan telefon mudah alih dan lebih mesra pengguna.
26 Januari, Putrajaya - PBSK titiwangsa/Setiawangsa telah mengadakan kursus menyelamat di air menggunakan kayak dan Stand Up Paddling (SUP). Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberikan keyakinan kepada kakitangan PBSK Titiwangsa/Setiawangsa sekiranya menghadapi situasi kecemasan semasa berkayak. Kursus ini telah dikendalikan oleh 3 orang instruktor bertauliah dari Kelab Tasik Putrajaya dengan kerjasama Persatuan Kanu Putrajaya. Di akhir kursus, kami telah dibawa untuk menelusuri tasik putrajaya menggunakan kayak disamping praktikal keselamatan kecemasan di air.
30 Januari, Titiwangsa - Liga Sepak Takraw (STL) telah melabuhkan tirainya pada hari ini setelah sebulan pertandingan ini dijalankan bermula 7 Januari yang lalu. Sebanyak 18 pasukan bertanding dalam STL kali ini. Sukarelawan Sport Bubble dari Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa turut terlibat dalam pemantauan SOP Sukan pada kali ini.
BUKIT KIARA, 6 OKT - Kakitangan Kompleks telah bersama-sama bertungkus lumus menggantungkan papan tanda arah lokasi Pejabat Kompleks, Surau dan Dewan Besar di perkarangan Lobi Asrama. Penggantungan papan-papan tanda terbabit adalah bagi memudahkan para pengguna kemudahan KRM Bukit Kiara untuk mengakses ke kemudahan sedia ada yang telah ditempah kelak.
BUKIT KIARA, 28 Oktober 2021 - Bilik Kiara 2 merupakan antara kemudahan yang disediakan dan diselia oleh Pengurusan KRM Bukit Kiara. Bilik Kiara 2 yang mampu memuatkan serama 40 individu dalam satu-satu masa tersebut telah ditempah untuk penggunaan oleh Pejabat Belia dan Kawasan Kepong/Segambut bagi tujuan program Live Streaming Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 Kawasan Kepong/Segambut.Pengguna yang ingin membuat permohonan tempahan kemudahan terbabit perlu menyatakan tujuan program dan butiran peralatan atau kelengkapan yang diperlukan serta susun atur kelengkapan terbabit. Maklumat-maklumat tersebut akan digunakan oleh kakitangan bertugas untuk tujuan penyusunan dan persediaan sebelum waktu atau hari penggunaan seperti yang ditempah.Pihak kakitangan bersama-sama pegawai yang membuat tempahan bagi program Live Streaming tersebut telah sama-sama berganding bahu dalam mempersiapkan tempat program dan pemeriksaan pendingin hawa serta PA System turut dilaksanakan terlebih dahulu sebagai langkah elak ralat daripada berlaku pada hari penggunaan.