TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA BUAT PELAJAR LATIHAN PRAKTIKAL DI PEJABAT BELIA DAN SUKAN.KAWASAN BATU / WANGSA MAJUBukit Kiara, 7Januari 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya buat Pelajar Latihan Praktikal iaitu Cik Nurul Ashiqin binti Ramlan dan Encik Muhammad Syafiq Aiman bin Ramli sepanjang menjalani Latihan praktikal di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju.Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaat pada masa akan datang.
BUKIT KIARA, 30 November 2021: Jualan terakhir bagi hasil tanaman dan pokok bagi Projek Youth Agrocity kepada kakitangan JBSWP Kuala Lumpur telah diadakan hari ini. Projek Youth Agrocity telah dijalankan hampir setahun ini telah memberikan hasil yang banyak untuk dikongsikan kepada pegawai dan kakitangan serta penduduk setempat yang rata-ratanya menjadi pelanggan tetap.Sehingga kini, dua jenis tanaman telah diusahakan iaitu terung dan cili padi bara. Namun begitu, projek akan dihentikan sementara waktu bagi kerja-kerja pembersihan kawasan tanaman untuk perancangan projek seterusnya.Dijangkakan pada awal tahun 2022, pelbagai jenis tanaman baru akan diusahakan antaranya kobis, kangkung, park choy, bendi, daun sup dan herba selepas semua kerja pembersihan tapak tanaman dijalankan. Jawatankuasa Youth Agro City JBSWPKL juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Bandar, Putrajaya bagi pembekalan bantuan pertanian untuk projek seterusnya. Semasa sesi ini berlangsung, kesemua peserta didedahkan tentang bagaimana kaedah semaian dan penanaman pokok yang betul disamping turut mempelajari cara membuat perangkap lalat bagi mengelakkan tanaman diserang dan rosak.Pelbagai jenis sayuran ditanam antaranya sayur kangkung, bendi dan sawi park choy dibawah pimpinan En. Asrul dan Puan Mimi dari Jabatan Pertanian Bandar. Pihak JBSWP Kuala Lumpur juga merakamkan jutaan terima kasih diatas sumbangan bantuan pertanian yang dibekalkan antaranya tanah, biji benih, tong racun, baja dan pelbagai lagi peralatan untuk mengembangkan lagi projek Youth Agrocity yang telah bermula sekitar Mac 2021.
KUALA LUMPUR, 21 November 2021: Program Literasi Media Kreatif Zon Tengah anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) berakhir hari ini dengan jayanya bertempat diAkademi Kenegaraan Kuala Lumpur.Seramai 7 orang pegawai media di negeri dan kawasan telah menyertai program dengan jayanya selama 2 hari 1 malam.Majlis perasmian penutup, penyampaian sijil dan hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Mohd Khairi Ali. Terdahulu sesi pagi diisi dengan ceramah santai 'belia dan pengekangan berita palsu' bersama Ketua Jabatan Komuniti, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Puan Hashimah Hashim serta sesi Interaksi bersama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun. Pelbagai ilmu yang diperolehi sepanjang program dijalankan dan memberi manfaat kepada peserta mahupun jabatan dan organisasi. Program ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan pimpinan belia dan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan. Turut hadir sama Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun, Pemangku Presiden Majlis Belia Selangor Sdr. Syafiq Ridzwan, Penolong Pengarah Pejabat Ketua Pengarah JBSN Syafiqah Hani, Ketua Penerangan MBM Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah dan Pegawai JBSN Puan Shazliza.
KUALA LUMPUR, 23 November 2021: Telah berlangsung Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Sidang I Penggal ke-33 Sesi 2021-2022 Peringkat WP Kuala Lumpur bertempat di Dewan Sultan EDC Hotel Kuala Lumpur.Majlis telah dipengerusikan oleh YBhg. Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi bin Yahya dan turut dihadiri oleh Pengarah JBSWP Kuala Lumpur, En. Asmori bin Haji Sa'ahari, Presiden Majlis Belia WP En. Mohammed Naseer bin Mohammed, ahli badan gabungan MBWP, ketua dan wakil Jabatan Persekutuan. MPBN merupakan satu platform bagi generasi belia untuk berkongsi idea dan pandangan bersama pemimpin persatuan dan wakil-wakil Jabatan peringkat negeri dalam menentukan hala tuju terbaik bagi belia-belia khususnya di WP Kuala Lumpur yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa.Pelbagai isu belia dan kaedah penyelesaian dibincangkan semasa majlis berlangsung. Persidangan seumpama ini dilihat mampu memantapkan hubungan dua hala pihak, 'win-win situation' antara para belia, pemimpin belia dan wakil agensi kerajaan yang terlibat.
KUALA LUMPUR, 4 November 2021: Majlis Belia Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Majlis Belia India Malaysia Wilayah Persekutuan telah menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada keluarga kurang berkemampuan beragama Hindu sempena sambutan Hari Deepavali.Majlis dihadiri oleh Tuan Mohamed Naseer, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan En. Tony Azman bin Hassan, Sdri Thivya, Pengerusi HYO Wilayah Persekutuan, Wakil MKBBT Wilayah Persekutuan dan Wakil GBSM.Setiap badan gabungan diberikan 30 kotak bakul makanan untuk diedarkan. Majlis Belia India Malaysia Wilayah Persekutuan telah mengedarkan kesemua bakul makanan tersebut melalui 6 cawangan di Wilayah Persekutuan.Inisiatif bersama MBWP dan MIYCWP yang disokong oleh badan gabungan diharap sedikit sebanyak membantu golongan kurang berkemampuan menyambut hari yang mulia ini.
KUALA LUMPUR, 17 November 2021: Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan agihan sumbangan pek makanan harian di PPR Lembah Pantai kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).Turut serta NENO Malaysia yang telah membuat pemeriksaan kesihatan percuma kepada penerima sumbangan.Hadir menyampaikan sumbangan Sdr.Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Faiz Shuhaimi, Exco MBM, Sdr. Mohamed Nasir, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) dan Sdr. Khairil Roy Azuan, Pengerusi Persatuan Belia Seri Cempaka merangkap Timbalan Presiden MBWP.Turut diadakan sesi rakaman khas RTM dalam rancangan Hero, sesi rakaman ini diterajui oleh Sdr. Radhi Khalid yang mengisahkan penglibatan Hero Belia dalam memperkasakan masyarakat khususnya bagi golongan OKU.Selain itu, diadakan juga lawatan ke kebun bandar yang diusahakan oleh Persatuan Belia Seri Cempaka.
WANGSA MAJU, 14 November 2021: Bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Majis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) telah menganjurkan Bowling Perpaduan Piala Presiden MBWP 2021 dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Badan Gabungan MBWP, Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya , Mantan Kepimpinan MBWP, Majlis Belia Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rumah Prihatin Grand Seasons dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 20 pasukan yang telah hadir mengambil bahagian dan memeriahkan acara bowling perpaduan ini. Terima kasih diucapkan kepada penaja makanan untuk acara ini iaitu Nasi Tomato dari Sri Gading Capital Sdn Bhd.
KUALA LUMPUR, 13 November 2021: Majlis Belia Wilayah Persekutuan memberikan Anugerah Khas kepada individu, Mantan Kepimpinan dan juga Badan Gabungan Majlis Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai tanda Penghargaan atas jasa dqn sumbangan bakti kepada Pembangunan Belia di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Majlis Sambutan Hari Belia Negara (HBN) dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2021 bertempat di Seri Pacific Hotel, KL.Tahniah diucapkan kepada penerima Pingat Jasa Belia (P.J.B), Datuk Haji Ramlan bin Haji Askolani , Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (diterima oleh wakil iaitu Sdr. khairi Roy Azuan Kamarudin) dan Tn. Asmori Bin Hj. Shaari , Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR, 13 November 2021: Seramai 6 orang pelajar Latihan Industri telah mencipta pengalaman baru di Sambutan Hari Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2021. Antara pengalaman yang diperolehi daripada program tersebut adalah menjadi Ahli Jawatankuasa dengan membantu menguruskan persiapan sebelum dan semasa program, hadir mesyuarat jawatankuasa kerja, memantau tempat sebelum pelaksanaan program dan sebagainya. Di samping itu, pelajar wanita ditugaskan untuk menguruskan bahagian penyampaian anugerah manakala pelajar lelaki pula ditugaskan untuk memantau bahagian keselamatan semasa program dijalankan.Pengalaman ini telah memberi pendedahan yang baharu untuk dijadikan sebagai panduan buat kesemua pelajar Latihan industri pada masa akan datang.