27 DISEMBER 2021, HULU LANGAT - Ahli Gerakan Belia 4B Cawangan Jalan Keramat Hari ini meneruskan lagi usaha membantu meringankan beban mangsa banjir bertempat di Jalan Kuari , Kg Sg Serai, Hulu Langat. Mereka yang hadir mulai jam 8 pagi itu, telah melakukan pembersihan melibatkan Jalan yang digunakan oleh penduduk kampung yang dipenuhi lumpur sesama banjir sebelum ini.Pasukan Anak Muda yang diketuai oleh Saudara Azlan Edy ini, tidak kekok bekerja dalam keadaan panas terik demi membantu mereka yang terkesan. Ucapan syabas dan terima kasih kepada pasukan anak muda ini, kerana telah melakukan usaha murni untuk kebaikan masyarakat.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
26 DISEMBER 2021, TITIWANGSA - MAYC Titiwangsa bersama pasukan sukarelawan MOVE selesai mengagihkan bantuan kepada 10 buah keluarga di PPR Coochrane Perkasa dan semoga bantuan ini dapat memberi sedikit kelegaan buat mereka. Antara bantuan yang akan diberikan adalah seperti 1 set Kit Lampin Bayi dan 2 set Kit Susu Formula. Mereka juga teruja kerana menerima tajaan Aiskrim IKAT untuk dinikmati bersama keluarga dengan pelbagai perisa. 10 buah keluarga penerima manfaat berasa teruja dan gembira. Diharap agihan ini dapat memberi sedikit keceriaan buat mereka.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
29 DISEMBER 2021, BENTONG - Persatuan Kanu Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang sertai Misi Pasca Banjir yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WiPERS) bertempat di Bentong, Pahang. Seramai 15 orang atlet kayak SUKMA 2022 telah dipilih untuk menyertai misi bantuan banjir. Rata-rata atlet teerrlibat sangat teruja dan bersemangat dapat membantu mangsa-mangsa banjir dan berharap usaha ini dapat diteruskan dalam misi bantuan banjir di tempat lain. Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
20 DISEMBER 2021, KAMPONG BARU - Dalam cabaran2 menguruskan banjir - banyak perkara yang dipermudahkan-Nya. Pasukan Sukarelawan MOVE dengan kejasama MAYC Titiwangsa telah melawat dan menguruskan bancian kepada keluarga mangsa2 banjir yang bertempat di PPS Kelab Sultan Sulaiman, KL. Selain itu, 3 set water jet MOVE telah disumbangkan kepada rakan aktivis untuk urusan banjir di Selangor. Kini sedang menguruskan pembelian agihan barangan keperluan untuk Kg Periuk Kg Bahru dan Masjid Batu 14 Hulu Langat.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
25 DISEMBER 2021, HULU LANGAT - Seramai 12 orang Sukarelawan Pasca Banjir KBS Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa bersama 20 orang Sukarelawan Majlis Belia Kawasan Titiwangsa turun padang membantu mangsa banjir di Kampung Lot 635 Batu 16 Dusun Tua, Hulu Langat Selangor. Bantuuan ini seediikiit seebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa yang terkesan akibat banjir kilat yang melanda negeri SelangorDisediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
PERJUMPAAN BERSAMA PERSEKUTUAN SKATE MALAYSIA (Myskate)6 Januari 2022, Bukit Kiara - Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah mengadakan satu perjumpaan bersama Persekutuan Skate Malaysia (Myskate). Perjumpaan ini adalah untuk membentangkan Penerangan Pembangunan Sukan Skate 2022 kearah Sukan Asia Hangzhou 2022 dan siri kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 oleh En. Ahmad Idroose Ahmad Tambarin, Presiden Persekutuan Skate Malaysia (Myskate).Turut hadir Encik Asmori bin Hj. Sa'ahari, Pengarah JBWPKL, Encik Halman bin Salleh, Timbalan Pengarah Sukan JBSWPKL, Encik Kahiruddin bin Khalid, Pegawai Unit Kecergasan JBSWPKL, Encik Adzlan Farazi Mohd Arif, Encik Johari Fitry Khairuddin, Encik Joseph Romey Dures, dan Encik Hafiz Fauzi dari Persekutuan Skate Malaysia (Myskate)
SESI PENGEMASKINIAN PERISIAN ANTIVIRUS Bukit Kiara, 13 Januari 2022 - Susulan pemeriksaan ke atas peralatan ICT di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju pada 15 Disember 2021 mendapati 2 komputer tidak dikemaskini perisian antivirus tersebut. Aduan mengenai isu berkenaan telah di panjangkan ke Pegawai ICT, JBSWPKL untuk tindakan selanjutnya.Justeru, satu sesi pengemaskinian antivirus telah dilakukan pada hari ini oleh Encik Faisal , Bahagian Pentadbiran JBSKL.
MESYUARAT PENGURUSAN PBSK BATU / WANGSA MAJU BIL.1 /2022. Bukit Kiara, 13 Januari 2022 - Satu Mesyuarat Pengurusan Dalaman PBSK Batu / Wangsa Maju bil. 1/2022 telah diadakan pada hari ini bagi membincangkan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan.Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh puan Nor Safinah binti Haya selaku Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju dan di hadiri oleh semua kakitangan pejabat.Dalam mesyuarat pada kali ini, beliau menyampaikan amanat berkaitan pentadbiran dan perancangan program bagi tahun 2022. Di samping itu juga, pembentangan laporan Unit Belia, Unit Sukan, Unit Rakan Muda dan Unit Pentadbiran bagi tahun 2021.
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA CIK HAZRIATI BINTI ABDUL HAMID, PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN BATU / WANGSA MAJUBukit Kiara, 13 Januari 2022 - Selamat Datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Cik Hazriati binti Abdul Hamid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan S32 ke Pejabat Belia dan Sukan Batu / Wangsa Maju.Beliau menggantikan tempat Encik Khairi bin Nasir yang bertukar ke PBSK Titiwangsa dan Setiawangsa pada 23 Ogos 2021.