KUALA LUMPUR, 13 November 2021: Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Majlis Belia Wilayah Persekutuan telah mengadakan Sambutan Hari Belia Negara dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2021 bertempat di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg Dato’ Parang Abai @ Thomas. Dengan tema yang sama iaitu Dekad Ini Dekad Anda, Sambutan Hari Belia Negara yang sepatutnya berlangsung pada 15 Mei terpaksa dilaksanakan pada hari ini ekoran situasi pandemik yang melanda negara. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, pimpinan belia dan badan gabungan, agensi-agensi kerajaan, pegawai-pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan WPKL serta para belia.
BUKIT KIARA, 2 November 2021: Telah berlangsung sesi hands on bagi Projek Youth Agrocity dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Bandar, Putrajaya melibatkan kakitangan yang merupakan Jawatankuasa Youth Agrocity WPKL serta 6 orang pelajar praktikal UiTM. Semasa sesi ini berlangsung, kesemua peserta didedahkan tentang bagaimana kaedah semaian dan penanaman pokok yang betul disamping turut mempelajari cara membuat perangkap lalat bagi mengelakkan tanaman diserang dan rosak.Pelbagai jenis sayuran ditanam antaranya sayur kangkung, bendi dan sawi park choy dibawah pimpinan En. Asrul dan Puan Mimi dari Jabatan Pertanian Bandar. Pihak JBSWP Kuala Lumpur juga merakamkan jutaan terima kasih diatas sumbangan bantuan pertanian yang dibekalkan antaranya tanah, biji benih, tong racun, baja dan pelbagai lagi peralatan untuk mengembangkan lagi projek Youth Agrocity yang telah bermula sekitar Mac 2021.
ANGKASAPURI, 10 November 2021: Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur meneruskan lagi promosi bagi Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Kuala Lumpur 2021 menerusi temubual radio secara langsung #SembangKL di KLfm97.2. Jabatan diwakili oleh Encik Tony Azman bin Hassan yang merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WPKL.Temubual radio dikendalikan oleh Penyampai DJ Effa Jamellove secara hibrid dimana turut disiarkan di facebook live KLfm. Sesi temubual berjalan dengan lancar dengan perkongsian informasi pelbagai aktiviti dan program bagi meraikan sambutan yang akan berlangsung bermula 10 hingga 15 Oktober 2021.
Bukit Kiara, 10 November 2021:Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Belia Negara dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN)Peringkat WP Kuala Lumpur 2021 dipengerusikan oleh En.Asmori Bin Haji Sa’ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan persiapan akhir serta laporan setiap Jawatankuasa bagi pelaksanaan Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WPKL yang akan berlangsung pada 13 November 2021 secara hibrid. Mesyuarat melibatkan pegawai dan kakitangan JBSWP Kuala Lumpur dan kepimpinan tertinggi serta Jawatankuasa Majlis Belia Wilayah Persekutuan. Turut hadir Presiden MBWP, En. Mohamed Naseer bin Mohamed.
28 Nov 2021, Kuala Lumpur - Bahagian Pembangunan Sukan Jbskl dgn kerjasama DBKL dan Persatuan Sukan Kecergasan Kuala Lumpur telah menganjurkan program Myfit@Community 2021 secara hibrid bertempat di Panggung Anniversary, Taman Botani, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk mempromosi gaya hidup aktif kepada masyarakat setempat di samping menjayakan Program KL Urban Youth 2021 anjuran DBKL. Program ini juga diserikan dgn kehadiran Timb. Pengarah Jbskl En Halman bin Salleh.
6 November 2021, Bukit Jalil - Sempena Program Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 6 November 2021 (Sabtu), Jabata Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur turut membantu dengan membuka kaunter perkhidmatan bagi memberi khidmat nasihat dan perkara-perkara yang berkaitan tadbir urus badan sukan.
2 November 2021, Kg. Pandan - Sedang berlangsung proses mengenalpasti dan menilai status semasa aset di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.Proses ini telah diadakan bagi memastikan rekod aset sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa
8 November 2021, Kg. Pandan - Sedang berlangsung Hari Bertemu Mesra Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak pada hari ini. Tujuan pelaksanaan pertemuan secara bersemuka ini adalah sebahagian daripada pematuhan kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2011 : Perkara 37 (c).
9 November 2021, Kg. Pandan - Pelaksanaan Hari Bertemu Mesra Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak diteruskan lagi pada hari ini. Tujuan pelaksanaan pertemuan secara bersemuka ini adalah sebahagian daripada pematuhan kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2011 : Perkara 37 (c).