13 NOVEMBER, MALURI- Tahniah dan Syabas kepada semua peserta berkumpulan yang menyertai pertandingan Qasidah pada kali ini, yang menunjukkan komitmen dan membuat persembahan yang terbaik. Program ini bertujuan menjadikan seni qasidah sebagai medium dakwah kepada segenap lapisan masyarakat Islam bagi meningkatkan penghayatan terhadap agama Islam secara umumnya melalui evolusi alunan seni muzik Islam yang kreatif. Program Festival Gema Qasidah Terbuka Kuala Lumpur 2021 dirasmikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Titiwangsa, Ad Adib Shaharuddin, turut bersama Pengetua Akademi Qasidah - Al- Fadhil Ustaz Hj. Azizi Bin Ab Hamid Al-Hafiz, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa - Encik Khairy Mohd Nasir, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan - Sdra Naseer Mohammed dan Pengerusi Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, Sdra Mohd Khairul Nizam Salleh.Jutaan terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa, Pejabat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Titiwangsa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Titiwangsa, Majlis Keselamatan Negara WP, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang turut sama-sama menjayakan program ini.Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
7 NOVEMBER, KG. BARU- Pasukan Bola Sepak Wanita Setiawangsa Rangers FC telah bertemu pasukan KL Sunbears pada perlawanan pertama Group A dengan keputusan seri 0-0 dalam perlawanan yang telah diadakan pada jam 5.30 petang itu. Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
Tangal 30 Oktober 2021, Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsan telah berlangsung di Dewan Titiwangsa Kompleks Sukan Kg. Pandan K.Lumpur kerjasama antara tiga PBSK iaitu PBSK Bukit Bintang, PBSK Cheras/Bandar Tun Razak dan PBSK Titiwangsa/Setiawangsa yang juga telah dihadiri oleh beberapa kumpulan Belia Kawasan masing-masing. Satu sesi Live Streaming HBN KEBANGSAAN dari Putrajaya yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri bagi memeriahkan lagi saambutan HBN tahun ini. Beberapa program sampingan seperti penyampaian sijil Sukarelawan MyVac dan cabutan bertuah juga telah dijalankan bagi meraikan kehadiran para belia yang jadi di HBN berkenaan.
BUKIT BINTANG - Satu mesyuarat penubuhan kelab sukan telah diadakan di Pejabat PBSK Bukit Bintang pada 26 Oktober 2021 yang lalu. Beberapa orang belia telah hadir untuk bermesyuarat penubuhan berkenaan. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Penolong Pegawai PBSK Bukit Bintang En. Mohd Hafiz b. Ismail dan berkesudahan dengan jayanya dengan tertubuhnya Kelab Sukan Kecergasan PERMANA.
BUKIT BINTANG -Satu karnival Sambutan Hari Sukan Negara yang diselaraskan oleh PBSK Bukit Bintang telah diadakan pada 9 dan 10 Oktober 2021 di KOMBES Kg.Pandan Kuala Lumpur. Beberapa acara telah dijalankan untuk mengumpul penyertaan para belia kawasan. Diantara acara yang dijalankan adalah seperti senamrobik (keluarga Malaysia Myfit@home),KBS Freestyle Challenge,Riadah Santai Dart Bergu, Reunion Ragbi Sentuh dan Futsal Reunion Myvac. Program berkenaan juga turut dimeriahkan dengan hadirnya YB Wan Ahmad Fayhsal Timbalan Menteri Perpaduan Negara.
2 OKTOBER, SETIAWANGSA- Sekitar promosi dan hebahan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Kawasan Setiawangsa di Bukit Dinding dan Taman Tasik Titiwangsa. Antara program yang akan djalankan di dua lokasi ini adalah Morning Walk, Hike To Your Dream dan Let's Be Fit Together. Peserta hanya perlu mengimbas kod untuk pendaftaran.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
3 OKTOBER, Kg. Pandan- Selesai Sesi Promosi & Senam Cergas MyFit@Home Keluarga Malaysia Hari Sukan Negara 2021 secara virtual bagi Kawasan Titiwangsa. Program ini telah disempurnakan oleh Instruktor En Azam dan pasukannya.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
1 OKTOBER, Desa Pandan- Pasukan Move Relawan telah mengagihkan 5 set bantuan makanan buat keluarga yang menghadapi sedikit cabaran kesan daripada COVID19 terutamanya fasa Lockdown 2. Bantuan yang diberikan adalah barangan makanan basah dan kering. Setakat ini agihan dibuat pada skala kecil dan konsisten insyallah. Doakan kami agar dipermudahkan segala urusan dan kesihatan terjaga. Projek kali ini, MOVE masih berkolaborasi dengan MAYC Titiwangsa.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
6 OKTOBER, Titiwangsa- Sedikit perkongsian Gerakan Belia 4B Kawasan Titiwangsa berkaitan objektif dan peranan pertubuhan belia terhadap masyarakat di kalangan belia di PPR Laksamana Blok C hari ini. Selain itu juga perkongsian berkaitan peranan golongan belia terhadap negara dan masyarakat terutama generasi muda
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa