9 November 2021, Kg. Pandan - Sedang berlansung pemeriksaan aset di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak. Pemeriksaan diketuai oleh Puan Nur Safinah binti Haya, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu/Wangsa Maju.
20 November 2021, Kuala Lumpur - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah hadir ke Program Literasi Media Kreatif Peringkat Zon Tengah Tahun 2021. Program ini akan diadakan selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 November 2021 bertempat di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Penyertaan Program ini adalah daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
20 November 2021, Kg. Pandan - Sedang berlansung Program Step 2 Go Workshop Master Class di Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program ini akan diadakan selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 November 2021 anjuran Kelab Sukan Kecergasan Fievo dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Cheras/Bandar Tun Razak.
20 November 2021, Brickfields - Sedang berlansung Program Senyuman Mesra Deepavali Bersama OKU di Malaysian Association for the Blind (MAB), Kuala Lumpur anjuran Pergerakan Belia Inspirasi. Program ini bertujuan untuk menyambut Hari Deepavali bersama warga MAB dan menghulurkan sedikit sumbangan kepada orang kurang upaya (OKU) di kalangan masyarakat India di sekitar ibu kota. Program ini juga turut dihadiri oleh pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Cheras/Bandar Tun Razak.
21 November 2021, Kuala Lumpur - Majlis Perasmian Penutup Literasi Media Kreatif 2021 Zon Tengah. Program telah dilangsungkan selama dua hari bermula 20 dan 21 November 2021 bertempat di Auditorium Akademi Kenegaraan.
13 November 2021, Kuala Lumpur - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah hadir ke Majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2021.Majlis telah diadakan di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
23 November 2021, Kuala Lumpur - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah hadir ke Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sidang 1 Penggal Ke-33 Sesi 2021-2022.MPBN Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan di Dewan Sultan Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur.
26 November 2021 - Sedang berlangsung sesi libat urus MBPB secara atas talian melalui aplikasi ZOOM Meeting. Sesi libat urus telah disertai oleh Pegawai Belia dan Sukan Negeri dan Daerah di seluruh negara.Hasrat mewujudkan Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) adalah untuk menangani cabaran belia pasca pandemik yang merangkumi pendigitalan belia, inisiatif berteraskan data raya, analytical dan design thinking, mendaya upaya belia dengan teknologi pintar serta merangsang ekosistem dan budaya inovasi kreativiti.
29 November 2021, KUALA LUMPUR - Sesi fotografi Foto Rasmi bagi tahun 2021 telah selesai diadakan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.