30 November 2021, Bukit Jalil - Pasukan pemantauan SOP Pengurusan Acara dari Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedia bertugas sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia diantara Kuala Lumpur City FC menentang Johor Darul Takzim (JDT).Perlawanan akhir bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil dan dijangka seramai 20,000 orang penonton bakal membanjiri Stadium Nasional malam ini.Pasukan pemantauan akan memantau SOP penganjuran acara sepanjang perlawanan berlangsung di sekitar stadium.
27 NOVEMBER, MALURI- MBK Titiwangsa telah mengadakan aktiviti bergotong- royong di Masjid Al Imam Ash Shafie Taman Maluri, Kuala Lumpur bersempena Hari Sukarelawan Belia Malaysia. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan aktiviti bergotong-royong ini.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
14 NOVEMBER, Kuala Lumpur- Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa mengucapkan tahniah dan syabas kepada Puan Nur Ayuni binti Mazlan (MAYC Titiwangsa) dan Cik Nur Mazarina binti Mazlan (MAYC Setiawangsa) bagi pencalonan APBN Kategori Individu Wanita. Puan Nur Ayuni binti Mazlan dari MAYC Titiwangsa telah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Individu Wanita dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2021 Peringkat WP Kuala Lumpur dalam satu majlis yang telah diadakan pada malam tadi serta mendapat tempat ketiga bagi Kategori Individu Wanita Peringkat Kebangsaan. Tahniah juga diucapkan kepada semua calon yang bertanding dan penerima anugerah.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
21 NOVEMBER, Kuala Lumpur- Wakil Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Jalan Keramat hari ini telah menyertai siri sambungan kursus pengurusan jenazah yang telah memasuki siri yang ke 3 dari keseluruhan 4 siri anjuran WE CAKNA. Pada siri kali ini mereka telah didedahkan dengan terperinci cara mengkafan dan solat jenazah. Turut disertakan bersama cara mengambil wuduk secara Tayamum. Dalam Pada itu, melalui pendedahan sebegini ianya telah memberi manfaat buat golongan belia yang bakal menyambung kesinambungan pimpinan masa hadapan dalam hal fardhu kifayah. Pihak GB4B Titiwangsa merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah mengambil inisiatif menganjurkan program bermanfaat buat anak tempatan demi kemaslahatan masyarakat dan agama.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
21 NOVEMBER, Kuala Lumpur- Program Literasi Media Kreatif Zon Tengah anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) berakhir hari ini dengan jayanya. Majlis penutup, penyampaian sijil dan hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Mohd Khairi Ali. Terdahulu sesi pagi diisi dengan ceramah santai 'belia dan pengekangan berita palsu' bersama Ketua Jabatan Komuniti, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Puan Hashimah Hashim serta sesi Interaksi bersama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun. Semoga ilmu yang diperolehi memberi manfaat kepada peserta mahupun jabatan dan organisasi. Program ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan pimpinan belia dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Gerakan belia 4B Kawasan Titiwangsa mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang dan pendedahan.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
14 NOVEMBER, Kuala Lumpur- Wakil Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Titiwangsa hari ini telah mewakili Gerakan Belia 4B (M) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam pertandingan Bowling Perpaduan Piala Presiden bersempena dengan Hari Belia Negara 2021. Program jemputan ini telah dianjurkan oleh Majlis Belia Wilayah Persekutuan ini telah melibatkan beberapa persatuan belia seluruh wilayah persekutuan dan Agensi kerajaan di Kuala Lumpur. Dalam pada itu, dengan adanya program sebegini, hubungan erat sesamapersatuan belia di Wilayah Persekutuan dapat dieratkan dan melahiran hubungan yang positif dalam kalangan warga belia. Ucapan Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur diatas peluang yang telah diberikan.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
14 NOVEMBER, Kuala Lumpur- Sekalung tahniah diucapkan kepada Mantan Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Titiwangsa En Hamizi Bin Mat Juah diatas pengurniaan Anugerah Pingat Bakti Belia Wilayah Persekutuan.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
14 NOVEMBER, Titiwangsa- Seramai 9 orang Wakil Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Jalan Keramat telah menyertai kursus pengurusan jenazah siri 2 yang telah diadakan di Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Program yang disertai seramai 24 orang ini telah dianjurkan oleh (NGO) WeCAKNA, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang disampaikan oleh Ustaz Halim. Selain itu, program sebegini dapat mendedahkan kepada warga belia akan kepentingan Fardhu Khifayah terhadap masyarat. Pihak Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Titiwangsa mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada Warga Belia 4B Kawasan Titiwangsa.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
13 NOVEMBER, MALURI- Program ini bertujuan bagi menyokong program sosial untuk meningkatkan kualiti hidup serta memulihkan ekonomi kumpulan yang disasarkan meliputi “keluarga miskin” atau komuniti B40 yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Program ini diadakan sempena Hari Belia Negara 2021 Peringkat Kawasan Titiwangsa. Jutaan terima kasih kepada Pejabat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Titiwangsa yang sama-sama membantu menyalurkan bantuan bakul Makanan kepada penerima. Bantuan disampaikan oleh Ab Adib Shaharudin, Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Titiwangsa dan Sdra. Anuar Zamani Mohd Nor Naib Pengerusi I, Majlis Belia Kawasan Titiwangsa.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa