BUKIT KIARA, 11 FEB - Penganjur Program KL Extreme Jam sedang bertungkus lumus bagi melakukan persiapan sebelum bermulanya Program KL Extreme Jam yang akan berlangsung pada 12 Februari 2022. Kejohanan ini merupakan edisi pertama selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan hampir dua tahun bagi mengekang penularan virus Covid -19.
Sentuhan terakhir sebelum event esok, di samping memastikan kebersihan, seluruh gelanggang juga telah disanitasi bagi memastikan keselamatan semua. Jaga SOP ya!
Layari www.klextremejam.com dan platform media sosial KL Extreme Jam untuk informasi terkini.
Jumpa esok di sana ya!
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 254
