Majlis Belia India Malaysia Wilayah Persekutuan (MIYC) telah mengadakan perbincangan bersama Tuan Pengarah JBSWP Kuala Lumpur dengan membawa beberapa hajat untuk menjalinkan kerjasama erat bersama pihak Jabatan.
Diantara intipati perjumpaan adalah pihak MIYC Wilayah Persekutuan ingin menganjurkan Kursus Kepimpinan khas untuk ahli persatuan dengan mendapatkan bantuan serta kerjasama daripada pihak Jabatan.
Selain daripada itu, persatuan juga memohon perjumpaan khas secara fizikal diantara semha cawangan MIYC Wilayah Persekutuan bersama JBSWP Kuala Lumpur (Ketua-ketua Unit dan Pegawai Belia dan Sukan Kawasan).
Turut dimaklumkan AGM MIYC dijangka akan diadakan diantara bulan April - Mei sebelum 30 Jun 2022. Persatuan juga amat berminat untuk menjadi Badan Operasi bagi Pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda kelak.
BUKIT KIARA, 7 Februari 2022: Sedang berlangsung Majlis Serahan Sijil Penarafan 5 Bintang (2020) bagi Pertubuhan Belia WP Kuala Lumpur bertempat di Bilik Kuliah 1 JBSWP Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan kepada Junior Chamber International Malaysia, Pertubuhan PEMUDA GEMA MALAYSIA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Persatuan Belia Seri Cempaka, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia Kawasan Lembah Pantai, Pergerakan Belia Inspirasi dan Persatuan Belia Xian Lian Malaysia Wilayah Persekutuan diatas kejayaan mengemudi persatuan dengan cemerlang.
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah mula memperkenalkan Sistem Penarafan Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia pada tahun 2014 . Ianya merupakan satu mekanisme pengukuran status tahap keaktifan pertubuhan belia yang wujud secara sah dan berdaftar di bawah Akta 668.
MELAKA, 10 Februari 2022:Telah berlangsung Anugerah Sukan MASUM 2019 bertempat di Hotel Holiday Inn, Melaka hari ini.
Tahniah diucapkan kepada En. Tony Azman Bin Hassan, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, JBSWP Kuala Lumpur yang juga merupakan Mantan Ketua Penolong Setiausaha, Unit Sukan KPT yang telah menerima kategori Anugerah Sekalung Budi semasa majlis anugerah tersebut berlangsung.
Majlis Anugerah Sukan MASUM 2019 ini bertujuan untuk menghargai kecemerlangan dan pencapaian para atlet dan pegawai sukan yang telah mengharumkan nama MASUM dan Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ianya juga merupakan penyuntik semangat kepada semua atlet dan pegawai untuk terus melakukan yang terbaik bagi mencapai kejayaan dan kegemilangan dalam bidang sukan yang diceburi
INTAN WILAYAH SELATAN, 28 Februari 2022:Tahniah diucapkan kepada Pn Syaripah Yuliana binti S Amran dari Bahagian Pembangunan Belia yang telah berjaya menghadiri Kursus MyPortfolio dari Intan Wilayah Selatan Kluang Johor secara dalam talian pada 28 Februari 2022 sehingga 1 Mac 2022.
Pihak INTAN berkongsi maklumat dan tatacara mengisi MyPortfolio bagi semua peserta yang hadir. Selain itu, pihak INTAN juga berkongsi bagaimana untuk mengisi deskripsi tugas dengan cara yang betul mengikut perjawatan yang disandang.
Akhir kursus ini, semua peserta dapat memahami cara-cara mengisi dan mengemaskini MyPortfolio serta Deskripsi Tugas dengan baik.
BUKIT KIARA, 16 Februari 2022: Cawangan Pembangunan dan Kepimpinan Sahsiah KBS telah memberi taklimat bersama Pegawai Sahsiah Seluruh Negeri bagi Pelaksanaan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri 2022 secara dalam talian.
Antara intipati taklimat adalah berkaitan syarat pencalonan perlu mendapatkan sokongan daripada JBS Negeri dan MBN/MBK. Sokongan daripada JBS Negeri sahaja adalah mandatori manakala sokongan MBN/MBK tidak diwajibkan (calon tidak wajib utk dapat sokongan drpd MBN/MBK).
Penyokong perlu memberi ulasan sokongan kepada calon dalam borang pencalonan dan akan mempengaruhi markah (markah tambahan kepada calon yang mendapat ulasan baik daripada MBN/MBK dan pegawai JBS Negeri).
Kategori individu adalah terbuka kepada semua belia (Badan Beruniform layak bertanding). Kategori Individu, warganegara Malaysia berumur 15-35 tahun pada 2022. JOHAN Peringkat NEGERI & KEBANGSAAN tidak dibenarkan bertanding selama 3 tahun. Bagi tahun 2022, tiada lagi singkatan 'APBN' tetapi perlu dinyatakan penuh 'Anugerah Perdana Belia Negara' bagi program ini, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Anugerah Perdana Belia Negara 2022. Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan juga TIDAK AKAN dilaksanakan serentak dengan Hari Belia Negara Kebangsaan dimana HBN perlu mengadakan sambutan secara berasingan.
Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri 2022 akan bermula Mac 2022 dan tamat pada 11 Mac 2022. Ayuh belia beliawanis dan persatuan-persatuan di WPKL menyertai dan bertanding bagi merebut peluang menjadi Johan. Borang penyertaan boleh diambil di semua Pejabat Belia dan Sukan Kawasan masing-masing. Jumpa di sesi penilaian.
Bukit Kiara, 22 Mac 2022 - Telah diadakan satu perbincangan dan persiapan terakhir bagi acara Futsal Malaysia Sports League (MSL) Kawasan Batu pada hari ini bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju.
Perbincangan tersebut telah disertai oleh Encik Norikman @Dino dari Kelab Belia Sri Perak bagi membincangkan persiapan terakhir program.
Turut diadakan sesi penyerahan medal sebagai simbolik kerjasama dalam penganjuran program tersebut.
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju diwakili oleh Cik Hazriati binti Abdul Hamid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan.
Bukit Kiara, 22 Mac 2022 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur, YBrs. Encik Asmori bin Haji Sha’ari, telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju dan Seputeh pada hari ini.
Antara tempat yang dikunjungi dalam lawatan kerja tersebut adalah ruang kerja pegawai dan kakitangan kedua - dua pejabat bagi memantau pengoperasian pejabat.
Di akhir lawatan kerja berkenaan turut diadakan sesi bergambar bersama dengan pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju dan seputeh.
Bukit Kiara, 17 Mac 2022 - Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara YBrs. Tuan Azhari bin Mohammad telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur
Antara tempat yang dikunjungi dalam lawatan kerja tersebut adalah Bilik Gerakan JBSWPKL dan Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara serta Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju dan Seputeh bagi memantau pengoperasian pejabat.
Turut serta dalam lawatan kerja tersebut adalah Encik Asmori bin Haji Sha’ari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur dan diiringi ketua- Ketua Bahagian.
Diakhir lawatan kerja berkenaan turut diadakan sesi bergambar bersama dengan pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju.
Taman Bunga Raya, 12 Mac 2022 - Telah diadakan Kejohahan Sepak Takraw Tertutup dan Jemputan Wangsa Maju pada hari ini bertempat di Gelanggang Sepak Takraw, Taman Bunga Raya.
Program berkenaan telah dianjurkan oleh KRT Taman Bunga Raya bersama DBKL Wangsa Maju, Balai Polis Wangsa Maju dan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju.
Seramai 32 pasukan menyertai kejohanan berkenaan yang terdiri daripada penduduk setempat.
Turut serta Cik Hazriati binti Abdul Hamid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan mewakili Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju.