- JBS Kelantan
- Hits: 57
Majlis Penyampaian Sijil KLAS Renang Fasa 1 (B40 Daerah Bachok) Peringkat Negeri Kelantan Berlangsung Meriah
- JBS Kelantan
- Hits: 57
Bachok, Kelantan, 24 Jun 2026 – Program Belia Bebas Hutang yang sedang berlangsung di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok turut dimeriahkan dengan lawatan para peserta ke reruai pameran yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Lawatan tersebut memberi peluang kepada para peserta mendapatkan maklumat secara terus daripada pegawai agensi berkaitan mengenai pengurusan kewangan, perancangan simpanan, pengurusan hutang serta kepentingan membuat persediaan kewangan sejak usia muda.
Di reruai AKPK, peserta didedahkan dengan pelbagai informasi berkaitan pendidikan kewangan, kaunseling kredit dan langkah-langkah mengurus komitmen kewangan secara berhemah. Sementara itu, reruai KWSP memberi penerangan mengenai kepentingan simpanan persaraan, kemudahan yang disediakan kepada pencarum serta peranan KWSP dalam menjamin kesejahteraan kewangan jangka panjang.
Para peserta dilihat mengambil peluang
berinteraksi dengan pegawai bertugas, mengemukakan pelbagai soalan serta mendapatkan bahan-bahan rujukan yang dapat membantu meningkatkan tahap celik kewangan mereka.
Penganjuran reruai pameran ini merupakan antara usaha untuk memperkukuh pemahaman belia terhadap aspek pengurusan kewangan dan perancangan masa depan, sekali gus menyokong matlamat Program Belia Bebas Hutang dalam melahirkan generasi belia yang lebih berpengetahuan, berdaya tahan dan bebas daripada masalah kewangan.
Disediakan oleh : Urusetia Media, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
belia.my
#MenggerakBeliaMadani #BeliaBebasHutang #HBNKelantan2026 #AKPKKelantan #KWSP #IKTBNBachok #BeliaCelikKewangan
Bachok, Kelantan, 24 Jun 2026 – Program Belia Bebas Hutang sedang berlangsung di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok dengan penyertaan belia dari pelbagai latar belakang bagi meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan kewangan yang berhemah dan bertanggungjawab.
Program ini dimulakan dengan slot pertama yang sedang disampaikan oleh wakil daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Negeri Kelantan. Sesi tersebut memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan pengurusan kewangan peribadi, perancangan bajet, pengurusan hutang serta langkah-langkah mengelakkan masalah kewangan pada usia muda.
Melalui perkongsian yang interaktif dan penuh informasi, para peserta berpeluang memahami kaedah mengurus kewangan dengan lebih berkesan serta membina tabiat kewangan yang sihat demi menjamin kesejahteraan masa depan.
Program Belia Bebas Hutang ini merupakan antara inisiatif pendidikan kewangan yang bertujuan melahirkan generasi belia yang celik kewangan, berdaya tahan dan mampu membuat keputusan kewangan yang bijak selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
belia.my
Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
Disediakan oleh :
Urusetia Media, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
#BeliaKelantan
#MenggerakBeliaMadani #BeliaBebasHutang #HBNKelantan2026 #AKPKKelantan #IKTBNBachok
KELANTAN, 23 Jun 2026 – Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada penggerak rekreasi dari seluruh negeri Kelantan telah menyertai Kursus Asas Kejurulatihan Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 1 Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) pada 17 hingga 20 Jun 2026, bertempat di Gua Madu Batu Papan, Gua Musang. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai penggerak dan jurulatih rekreasi luar yang berkemahiran, berpengetahuan serta berkelayakan dalam bidang rekreasi khususnya. Program OUTREC merupakan kursus asas yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai kemahiran rekreasi luar termasuk perkhemahan, kayak, orienteering, pembacaan peta dan kompas, ikatan dan simpulan tali, abseiling, bantuan kecemasan serta pengurusan aktiviti luar.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta telah menjalani sesi teori dan praktikal yang mencabar bagi meningkatkan ketahanan fizikal, mental serta kemahiran kepimpinan. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan aspek keselamatan, pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan risiko yang merupakan elemen penting dalam pelaksanaan aktiviti rekreasi luar.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai jurulatih rekreasi luar yang kompeten dan berupaya mengendalikan program-program rekreasi secara profesional serta selamat. Di samping itu, ia juga menjadi platform untuk memperkasakan budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat serta menyokong pembangunan sukan dan rekreasi di negeri Kelantan.
Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir, Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Encik Nor Rijam bin Ibrahim, Presiden Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) serta Encik Mohd Irfan bin Tuan Mustapha, Pengerusi KRT Batu Papan yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus. Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan dalam usaha membangunkan serta memajukan aktiviti rekreasi luar di peringkat negeri dan negara.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
MACHANG, 24 Jun 2026 – Sesi Pemilihan Akhir Peserta Program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Jun 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini bertujuan memperkasa penglibatan belia dalam bidang agromakanan, keusahawanan dan pembangunan kemahiran selaras dengan usaha melahirkan generasi belia yang berdaya saing serta berkemahiran tinggi dalam sektor pertanian moden.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan ucapan tahniah kepada dua pertubuhan belia dari daerah Machang iaitu Majlis Belia Daerah Machang dan Kelab Belia Bandar Machang yang berjaya melayakkan diri sebagai antara lima finalis terbaik dalam sesi pemilihan akhir tersebut.
Kejayaan ini membuktikan komitmen serta kesungguhan pertubuhan belia di daerah Machang dalam merancang dan melaksanakan projek berasaskan agro yang berpotensi memberi impak positif kepada pembangunan komuniti serta ekonomi belia setempat.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang berharap pencapaian ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak pertubuhan belia di daerah ini untuk meneroka bidang agromakanan dan keusahawanan sosial yang mampu menjana manfaat berterusan kepada masyarakat.
Semoga kedua-dua pertubuhan belia ini terus cemerlang dan berjaya mengharumkan nama daerah Machang pada peringkat negeri serta seterusnya menjadi contoh kepada belia-belia lain dalam membangunkan projek yang berdaya maju dan lestari.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
MACHANG, 22 Jun 2026 – Kejohanan Bola Tampar Lelaki Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Machang 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Jun 2026 bertempat di Gelanggang Terbuka Kompleks Sukan Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan Kampus Machang. Kejohanan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang sebagai usaha memperkasakan pembangunan sukan komuniti serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Sebanyak lapan pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat. Semua pasukan mempamerkan aksi yang menarik serta komitmen tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
Pasukan Newbie VT muncul sebagai johan kejohanan selepas mempamerkan prestasi cemerlang dan konsisten sepanjang saingan. Tempat kedua disandang oleh pasukan Inception VT, manakala tempat ketiga bersama menjadi milik pasukan Watan Stinger dan pasukan PSKPPK Machang.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang.
Penganjuran kejohanan ini diharap dapat terus menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola tampar di daerah Machang serta mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat melalui aktiviti sukan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
MACHANG, 18 Jun 2026 – Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Daerah Machang 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Sekolah Kebangsaan Pangkal Mak Wan, Machang. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Machang Junior dengan sokongan pembiayaan melalui Dana Sukan Komuniti.
Kejohanan yang menghimpunkan pasukan-pasukan sekolah rendah sekitar daerah Machang ini bertujuan mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak di peringkat akar umbi serta menyediakan platform pembangunan atlet muda yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Majlis penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Izani bin Tuan Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pangkal Mak Wan. Turut hadir ialah Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang yang mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang untuk menyampaikan menyerahkan cek cura sebagai simbolik sokongan kepada usaha pembangunan sukan komuniti di daerah ini.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
GUA MUSANG, 24 Jun 2026 – Program Inspire iTalent Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Jun 2026 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, Gua Musang. Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi menyerlahkan bakat, potensi dan kreativiti mereka dalam pelbagai bidang.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Saipul Bahri bin Ab. Manaf. Dalam ucapan beliau, program seperti Inspire iTalent dilihat sebagai satu inisiatif yang amat bermakna dalam memperkasa golongan OKU serta memberi peluang kepada mereka untuk membina keyakinan diri dan mengembangkan potensi yang dimiliki.
Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada golongan OKU dari sekitar daerah Gua Musang. Para peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program berlangsung, sekali gus membuktikan bahawa keterbatasan fizikal bukan penghalang untuk mencapai kecemerlangan.
Penganjuran Program Inspire iTalent ini turut menjadi medium untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebolehan dan keupayaan golongan OKU, di samping menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti pembangunan komuniti. Program ini juga berjaya mewujudkan suasana yang inklusif serta mengeratkan hubungan antara peserta, keluarga dan masyarakat setempat.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memberi lebih banyak peluang kepada golongan OKU untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat secara menyeluruh.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
GUA MUSANG, 24 Jun 2026 – Program Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 20 Jun 2026 bertempat di Dewan KRT Taman Wangi. Kejohanan yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat dengan penyertaan sebanyak 12 pasukan dari seluruh daerah Gua Musang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Mohd Syahbuddin Hashim yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan tersebut. Beliau turut menekankan kepentingan penganjuran aktiviti sukan komuniti dalam memupuk gaya hidup sihat, semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan aksi yang kompetitif dan bersemangat tinggi. Setelah melalui saingan sengit, pasukan GM VC Lion telah muncul sebagai juara Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026.
Sebagai penghargaan atas kejayaan tersebut, pasukan juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, pingat, mock cheque serta Sijil Pencapaian. Hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan dalam majlis penutup yang berlangsung sejurus tamat pertandingan.
Penganjuran kejohanan ini diharapkan dapat menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan bola tampar serta mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat. Selain itu, program seumpama ini turut menyokong usaha kerajaan dalam memperkasakan pembangunan belia dan memupuk budaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919
Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan
Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59