PROGRAM INSPIRE ITALENT PERINGKAT DAERAH GUA MUSANG TAHUN 2026 BERJAYA DILAKSANAKAN

GUA MUSANG, 24 Jun 2026 – Program Inspire iTalent Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Jun 2026 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, Gua Musang. Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi menyerlahkan bakat, potensi dan kreativiti mereka dalam pelbagai bidang.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Saipul Bahri bin Ab. Manaf. Dalam ucapan beliau, program seperti Inspire iTalent dilihat sebagai satu inisiatif yang amat bermakna dalam memperkasa golongan OKU serta memberi peluang kepada mereka untuk membina keyakinan diri dan mengembangkan potensi yang dimiliki.

Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada golongan OKU dari sekitar daerah Gua Musang. Para peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program berlangsung, sekali gus membuktikan bahawa keterbatasan fizikal bukan penghalang untuk mencapai kecemerlangan.
Penganjuran Program Inspire iTalent ini turut menjadi medium untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebolehan dan keupayaan golongan OKU, di samping menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti pembangunan komuniti. Program ini juga berjaya mewujudkan suasana yang inklusif serta mengeratkan hubungan antara peserta, keluarga dan masyarakat setempat.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memberi lebih banyak peluang kepada golongan OKU untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat secara menyeluruh.

Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 12:09:34

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search