- JBS Kelantan
- Hits: 12
LAWATAN KE RERUAI PAMERAN AKPK DAN KWSP MERIAHKAN PROGRAM BELIA BEBAS HUTANG DI IKTBN BACHOK
- JBS Kelantan
- Hits: 12
Bachok, Kelantan, 24 Jun 2026 – Program Belia Bebas Hutang yang sedang berlangsung di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok turut dimeriahkan dengan lawatan para peserta ke reruai pameran yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Lawatan tersebut memberi peluang kepada para peserta mendapatkan maklumat secara terus daripada pegawai agensi berkaitan mengenai pengurusan kewangan, perancangan simpanan, pengurusan hutang serta kepentingan membuat persediaan kewangan sejak usia muda.
Di reruai AKPK, peserta didedahkan dengan pelbagai informasi berkaitan pendidikan kewangan, kaunseling kredit dan langkah-langkah mengurus komitmen kewangan secara berhemah. Sementara itu, reruai KWSP memberi penerangan mengenai kepentingan simpanan persaraan, kemudahan yang disediakan kepada pencarum serta peranan KWSP dalam menjamin kesejahteraan kewangan jangka panjang.
Para peserta dilihat mengambil peluang
berinteraksi dengan pegawai bertugas, mengemukakan pelbagai soalan serta mendapatkan bahan-bahan rujukan yang dapat membantu meningkatkan tahap celik kewangan mereka.
Penganjuran reruai pameran ini merupakan antara usaha untuk memperkukuh pemahaman belia terhadap aspek pengurusan kewangan dan perancangan masa depan, sekali gus menyokong matlamat Program Belia Bebas Hutang dalam melahirkan generasi belia yang lebih berpengetahuan, berdaya tahan dan bebas daripada masalah kewangan.
Disediakan oleh : Urusetia Media, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
belia.my
#MenggerakBeliaMadani #BeliaBebasHutang #HBNKelantan2026 #AKPKKelantan #KWSP #IKTBNBachok #BeliaCelikKewangan
