MAJLIS BELIA DAERAH MACHANG DAN KELAB BELIA BANDAR MACHANG ANTARA LIMA FINALIS PROGRAM AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR 2026 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

MACHANG, 24 Jun 2026 – Sesi Pemilihan Akhir Peserta Program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Jun 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini bertujuan memperkasa penglibatan belia dalam bidang agromakanan, keusahawanan dan pembangunan kemahiran selaras dengan usaha melahirkan generasi belia yang berdaya saing serta berkemahiran tinggi dalam sektor pertanian moden.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan ucapan tahniah kepada dua pertubuhan belia dari daerah Machang iaitu Majlis Belia Daerah Machang dan Kelab Belia Bandar Machang yang berjaya melayakkan diri sebagai antara lima finalis terbaik dalam sesi pemilihan akhir tersebut.

Kejayaan ini membuktikan komitmen serta kesungguhan pertubuhan belia di daerah Machang dalam merancang dan melaksanakan projek berasaskan agro yang berpotensi memberi impak positif kepada pembangunan komuniti serta ekonomi belia setempat.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang berharap pencapaian ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak pertubuhan belia di daerah ini untuk meneroka bidang agromakanan dan keusahawanan sosial yang mampu menjana manfaat berterusan kepada masyarakat.

Semoga kedua-dua pertubuhan belia ini terus cemerlang dan berjaya mengharumkan nama daerah Machang pada peringkat negeri serta seterusnya menjadi contoh kepada belia-belia lain dalam membangunkan projek yang berdaya maju dan lestari.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 12:09:34

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search