- JBS Kelantan
- Hits: 6
KEJOHANAN BOLA TAMPAR LELAKI LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 6
MACHANG, 22 Jun 2026 – Kejohanan Bola Tampar Lelaki Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Machang 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Jun 2026 bertempat di Gelanggang Terbuka Kompleks Sukan Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan Kampus Machang. Kejohanan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang sebagai usaha memperkasakan pembangunan sukan komuniti serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Sebanyak lapan pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat. Semua pasukan mempamerkan aksi yang menarik serta komitmen tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
Pasukan Newbie VT muncul sebagai johan kejohanan selepas mempamerkan prestasi cemerlang dan konsisten sepanjang saingan. Tempat kedua disandang oleh pasukan Inception VT, manakala tempat ketiga bersama menjadi milik pasukan Watan Stinger dan pasukan PSKPPK Machang.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang.
Penganjuran kejohanan ini diharap dapat terus menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola tampar di daerah Machang serta mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat melalui aktiviti sukan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
