KURSUS ASAS KEJURULATIHAN REKREASI LUAR (OUTREC) TAHAP 1 PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

KELANTAN, 23 Jun 2026 – Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada penggerak rekreasi dari seluruh negeri Kelantan telah menyertai Kursus Asas Kejurulatihan Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 1 Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) pada 17 hingga 20 Jun 2026, bertempat di Gua Madu Batu Papan, Gua Musang. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai penggerak dan jurulatih rekreasi luar yang berkemahiran, berpengetahuan serta berkelayakan dalam bidang rekreasi khususnya. Program OUTREC merupakan kursus asas yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai kemahiran rekreasi luar termasuk perkhemahan, kayak, orienteering, pembacaan peta dan kompas, ikatan dan simpulan tali, abseiling, bantuan kecemasan serta pengurusan aktiviti luar.

Sepanjang kursus berlangsung, peserta telah menjalani sesi teori dan praktikal yang mencabar bagi meningkatkan ketahanan fizikal, mental serta kemahiran kepimpinan. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan aspek keselamatan, pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan risiko yang merupakan elemen penting dalam pelaksanaan aktiviti rekreasi luar.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai jurulatih rekreasi luar yang kompeten dan berupaya mengendalikan program-program rekreasi secara profesional serta selamat. Di samping itu, ia juga menjadi platform untuk memperkasakan budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat serta menyokong pembangunan sukan dan rekreasi di negeri Kelantan.

Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir, Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Encik Nor Rijam bin Ibrahim, Presiden Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) serta Encik Mohd Irfan bin Tuan Mustapha, Pengerusi KRT Batu Papan yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus. Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan dalam usaha membangunkan serta memajukan aktiviti rekreasi luar di peringkat negeri dan negara.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 12:09:34

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search