- JBS Kelantan
- Hits: 33
Majlis Penyampaian Sijil KLAS Renang Fasa 1 (B40 Daerah Bachok) Peringkat Negeri Kelantan Berlangsung Meriah
- JBS Kelantan
- Hits: 33
BACHOK, 27 Jun 2026 — Program KLAS (Kemahiran Latihan Asas Sukan) Renang Fasa 1 bagi anak-anak keluarga B40 Daerah Bachok melabuhkan tirainya dengan majlis penyampaian sijil yang berlangsung di Kolam Renang Permai Beach Resort, Bachok. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Renang Kelantan sebagai usaha memperluaskan akses kepada pendidikan renang dan keselamatan air dalam kalangan kanak-kanak, khususnya daripada keluarga B40. Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkasa pembangunan sukan akuatik di peringkat akar umbi serta melahirkan generasi muda yang lebih yakin, berkemahiran dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Program ini memberi fokus kepada kemahiran asas renang, keselamatan air, dan disiplin sukan, dengan matlamat memperkasa keyakinan diri peserta serta meningkatkan literasi keselamatan air dalam kalangan kanak-kanak B40. Sepanjang sembilan hari penganjuran, peserta didedahkan kepada teknik pernafasan, apungan, kayuhan asas, serta amalan keselamatan di kolam dan perairan terbuka. Seramai 40 peserta berumur 6 hingga 12 tahun berjaya menamatkan latihan intensif ini, terdiri daripada 32 peserta lelaki dan 8 peserta perempuan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Penyertaan yang memberangsangkan ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama pihak daerah dalam memperluas akses sukan akuatik kepada komuniti setempat. Inisiatif ini juga diharap menjadi pemangkin kepada penemuan bakat baharu dan pembentukan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
