- JBS Kelantan
- Hits: 8
KEJOHANAN BOLA TAMPAR LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH GUA MUSANG TAHUN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 8
GUA MUSANG, 24 Jun 2026 – Program Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 20 Jun 2026 bertempat di Dewan KRT Taman Wangi. Kejohanan yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat dengan penyertaan sebanyak 12 pasukan dari seluruh daerah Gua Musang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Mohd Syahbuddin Hashim yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan tersebut. Beliau turut menekankan kepentingan penganjuran aktiviti sukan komuniti dalam memupuk gaya hidup sihat, semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan aksi yang kompetitif dan bersemangat tinggi. Setelah melalui saingan sengit, pasukan GM VC Lion telah muncul sebagai juara Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026.
Sebagai penghargaan atas kejayaan tersebut, pasukan juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, pingat, mock cheque serta Sijil Pencapaian. Hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan dalam majlis penutup yang berlangsung sejurus tamat pertandingan.
Penganjuran kejohanan ini diharapkan dapat menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan bola tampar serta mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat. Selain itu, program seumpama ini turut menyokong usaha kerajaan dalam memperkasakan pembangunan belia dan memupuk budaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
