BANDAR BAHARU – 13 Julai 2024 – Kelab Sukan Rekreasi Serdang (KESURA) kepada telah berjaya menyemai minat sukan rekreasi kepada 96 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Selama di dalam Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SMK Selama yang telah dilaksanakan pada 11-13 Julai 2024 bertempat di padang asrama SMK Selama.
Di dalam perkhemahan ini, peserta telah didedahkan dengan ilmu-ilmu asas rekreasi seperti kraf perkhemahan, kemahiran ikatan, orienteering dan ikhtiar hidup.
Seramai 8 orang jurulatih dari Kelab Sukan Rekreasi Serdang (KESURA) terlibat di dalam perkhemahan anjuran unit Kokurikulum SMK Selama ini dan diketuai oleh pengerusi kelab iaitu En. Amir Syarifuddin bin Abdul Majid dan turut dihadiri oleh Puan Fariza bt Ghazalli, Pembantu Belia dan Sukan ( unit Rakan Muda) dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 190
