- JBS Kedah
- Hits: 155
PROGRAM FIT MALAYSIA/FIT KOMUNITI@DAERAH PADANG TERAP SIRI 4 - GLOW IN THE DARK WITH FUN RUN
PADANG TERAP KEDAH, 28 JULAI 2024 – Program kecergasan Fit Malaysia/Fit Komuniti@Daerah Padang Terap Siri 4 Tahun 2024 – Glow In The Dark With Fun Run telahpun diadakan dengan jayanya pada 26 Julai 2024 (Jumaat) bertempat di Padang Sanai, Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dengan kerjasama Bukit Gedung Runners. Program kecergasan berbentuk larian sejauh 10km telah disahut oleh lebih 50 orang peminat aktiviti larian Daerah Padang Terap.
Turut diadakan juga di akhir program berkenaan adalah cabutan nombor bertuah.
Majlis perasmian program kecergasan Fit Malaysia/Fit Komuniti@Daerah Padang Terap Siri 4 Tahun 2024 – Glow In The Dark With Fun Run ini telah disempurnakan oleh En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 155
