23.07.2024, Sik - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Sik Bilangan 05/2024 telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Sik pada jam 10.00 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ybrs. Pegawai Daerah Sik. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik, Encik Fahmi bin Mohd Razdi telah hadir dalam mesyuarat tersebut.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
#pbsdSik
Disediakan oleh : Siti Moktaroh Binti Mokhtar (PBSD Sik)
20 Julai 2024, Sik - Program Mobilisasi Satria : Rakan Muda Rakan Prihatin, Menyantuni Warga Emas Daerah Sik Tahun 2024 telah pun diadakan dengan jayanya pada 20 Julai 2024 (Sabtu) bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sik, Kedah Darul Aman.
Antara objektif pelaksanaan Mobilisasi Satria – Rakan Muda Rakan Prihatin Menyantuni Warga Emas adalah merealisasikan usaha KBS dalam menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sik dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sik serta disokong oleh Majlis Belia Daerah Sik (MBD), Kelab Rakan Muda Sik dan anak-anak dari Rumah Anak Yatim Gemilang Sik.
Disediakan oleh : Siti Moktaroh Binti Mokhtar (PBSD Sik)
17 Julai 2024, Sik - Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat Dan Lalulintas MDS Kali ke 1/2024 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah Sik. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik, Encik Zailan bin Daud telah menghadiri mesyuarat tersebut yang di pengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
#pbsdSik
Disediakan oleh : Siti Moktaroh Binti Mokhtar (PBSD Sik)
BALING – 22 Julai 2024 – Telah berlangsungnya Kursus Kejurulatihan Cabaran Tali Tinggi (Malaysia Challenge Rope Course) Tahap 1 Peringkat Negeri Kedah pada 19 hingga 22 Julai 2024 bertempat di Kompleks Rakan Muda Baling. Kursus anjuran Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah itu telah disertai oleh 4 orang ahli Kelab Sukan Rekreasi serdang (KESURA) iaitu Muhammad Ahnaf Taufiq bin Suhaimi,Mohamad Fadzil bin Wahab, Muhammad Afiq bin Ahmad Ismadi dan Muhammad Arif bin Ahmad Ismadi.
Antara objektif kursus tersebut diadakan adalah bagi mempelajari kemahiran asas mengenai aktiviti tali tinggi rekreasi dan pengetahuan mengenai peralatan yang diperlukan untuk menjalani aktiviti tali tinggi rekreasi dengan selamat. Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling, Puan Siti Salmiah binti Md Ani telah merasmikan majlis penutup kursus.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
PADANG TERAP KEDAH, 23 JULAI 2024 – Jejak Usahawan Tani Belia telahpun dilakukan pada 22 Julai 2024 (Isnin) bertempat di Kampung Lebai Saman, Naka, Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Pengusaha Usahawan Tani Belia iaitu Saudara Mohd Zaharul Othman dan Akmal Rizal Mohd Yusof dengan penanaman Labu Emas telah membuahkan hasil dan dapat menuai hasil tanaman mereka.
Jejak Usahawan Tani Belia ini dilakukan secara bersama oleh En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Muhamad Jasnizam Bin Muhamad Husni, Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Padang Terap bersama Media RTM bertempat di Kampung Lebai Saman, Naka dalam DUN Pedu, Kedah.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
BANDAR BAHARU – 20 Julai 2024 – Persiapan untuk Program Mobilisasi Satria Menyantuni Warga Emas Peringkat Daerah Bandar Baharu 2024 telah diadakan pada 20 Julai 2024 (Sabtu) di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bermula jam 9.00 pagi. Puan Fariza bt Ghazalli selaku pegawai unit Rakan Muda dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu telah hadir untuk membuat persiapan bersama-sama dengan ahli PAWE Serdang.
Persiapan awal dilakukan bagi kelancaran program pada 21 Julai 2024 kerana 3 acara yang akan dilaksanakan iaitu Senamrobik, kacau bubur Assyura dan gotong-royong.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 21 Julai 2024 – Telah berlangsungnya Program Mobilisasi Satria Menyantuni Warga Emas Peringkat Daerah Bandar Baharu 2024 pada 21 Julai 2024 (Ahad) di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bermula jam 8.00 pagi. Semua pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu telah terlibat dalam menjayakan program ini. Turut terlibat adalah agensi kerajaan sekitar Daerah Bandar Baharu antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AADK, PDRM, RELA dan lain-lain.
Seramai 80 orang sukarelawan telah hadir bagi menjayakan program ini dan antara acara yang telah dilaksanakan adalah senamrobik, kacau bubur Assyura dan gotong royong sekitar kawasan PAWE. Penyertaan sukarelawan yang berusia 15 hingga 30 tahun itu telah mencapai objektif program untuk merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
LANGKAWI, KEDAH – 22 JULAI 2024, Bertempat di Institut Pengurusan Peladang (IPP), Langkawi telah berlangsung Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM –PPT Siri 7, telah dijalankan pada 11 hingga 13 Julai 2024 yang lalu.
Seramai 40 orang pegawai yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan serta Jurulatih APBMPD juga menyertai bengkel ini.
Turut hadir bersama daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi dan Pembantu Belia dan Sukan , Puan Nurul Fitriah Bt Hj Drani.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 22 JULAI 2024, Bertempat di Dewan Giat Mara Langkawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi (PBSD) Encik Mohd Ferdaus Bin Osman telah hadir ke Program Minggu Orientasi bersama pelajar baharu pada 9 Julai 2024 (Selasa).
Sesi ini lebih kepada perkongsian maklumat-maklumat aktiviti & program serta peranan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi dalam pembangunan belia amnya di Daerah ini.
Tahniah kepada pelajar-pelajar baharu Giat Mara Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)