Bandar Darulaman, 29 Jun 2024 - Telah berlangsung Rakan Digital: Kursus Pengekodan Siri 1 bertempat di Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra.
Kursus tersebut telah melibatkan seramai 30 orang peserta dari 5 daerah iaitu Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Padang Terap dan Pendang.
Seramai 11 orang peserta telah mewakili daerah Kubang Pasu.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Salwa Binti Senawi, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
Jitra, 30 Jun 2024 - Telah berlangsung Program Fit Komuniti @ Kubang Pasu 2024 Siri 2 (Fun Ride 60km) pagi tadi yang bermula di Dewan Serbaguna Taman Seri Aman Jitra.
Water Station: Masjid Jamek, Kodiang
Tamat: Balik semula ke tempat pelepasan melalui Jalan Kodiang Dalam menghala ke MRSM Kubang Pasu.
Kayuhan yang melibatkan seramai 30 orang peserta tersebut telah dilepaskan oleh Puan Nadzirah dari Pejabat Penerangan Daerah Kubang Pasu.
Sik, 30 Jun 2024 - Sedang berlangsung Kem Cabaran Kembara Belia Rakan Muda Aktif 2024 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kubang Pasu dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu.
Peserta seramai 114 orang yang terdiri dari pelajar tingkatan 5 telah menyertai kem tersebut yang diadakan di KEDA Resort, Bendang Man, Kedah dengan diiringi oleh 15 orang guru pengiring.
Pelbagai aktiviti dan pengisian telah diatur sepanjang program oleh Ketua Fasilitator, Encik Mohamad Azhar Bin Ismail.
Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu, Encik Megat Shahrom Bashir Bin Makhdzir dan Pegawai Unit Rakan Muda turut hadir bersama dalam kem tersebut.
Sintok, 28 Jun 2024- Sedang berlangsung Pertandingan Ping Pong Berpasukan Liga Sukan Komuniti 2024 Peringkat Daerah Kubang Pasu bertempat di Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sebanyak 14 pasukan telah berjaya mendaftar untuk pertandingan ini.
Jitra, 25 Jun 2024 - Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah akan melaksanakan program *Cabaran Virtual BookDOC 500 RIBU LANGKAH RAKAN STRATEGIK AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) NEGERI KEDAH*
*TAKLIMAT CABARAN VIRTUAL BOOKDOC 500 RIBU LANGKAH RAKAN STRATEGIK AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) NEGERI KEDAH PERINGKAT JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH*
Taklimat berkaitan program berkenaan telah diadakan melalui aplikasi atas talian Google Meet petang tadi. Semua kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu turut bersama dalam taklimat tersebut.
Jitra, 25 Jun 2024 - Satu perbincangan Penyelarasan Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) telah diadakan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet pagi tadi melibatkan semua Pegawai Belia Dan Sukan Daerah serta pegawai Unit Rakan Muda masing-masing.
Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Salwa Binti Senawi, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bagi membincangkan pelaksanaan dan penyelarasan Mobilisasi Satria : Program Menyantuni Kanak-Kanak dan Warga Emas.
Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu, Encik Megat Shahrom Bashir Bin Makhdzir dan Pegawai Unit Rakan Muda, Puan Haslinda Harun telah hadir mewakili PBSD.
BANDAR DARULAMAN, 24 Jun 2024 - Satu mesyuarat penting telah diadakan di Pejabat MCPF Daerah Kubang Pasu hari ini bagi membincangkan pelaksanaan Program ALTeR @ Komuniti di Mukim Naga. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh wakil 13 jabatan yang terlibat dalam program berkenaan.
Mesyuarat dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Ketua AADK Daerah Kubang Pasu, Norhiza Lah, yang memberikan penerangan terperinci mengenai objektif dan strategi pelaksanaan program di Mukim Naga. Taklimat tersebut diikuti dengan perbincangan yang konstruktif antara wakil-wakil jabatan yang hadir.
Mesyuarat kemudiannya dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu (Pengurusan Daerah), Mohd Khairul Nizam Abd Latif, yang menekankan kepentingan kerjasama antara jabatan dalam memastikan kejayaan program tersebut. Beliau turut menggariskan beberapa langkah penting yang perlu diambil untuk memastikan program berjalan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Penolong Pengarah Pencegahan AADK Negeri Kedah, Rajesvari Gonoselan, yang memberi sokongan dan input tambahan bagi memperkukuhkan lagi pelaksanaan program ALTeR @ Komuniti.
Program ALTeR @ Komuniti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pencegahan terhadap masalah penyalahgunaan dadah di kalangan komuniti setempat, serta mempromosikan gaya hidup sihat dan selamat. Dengan kerjasama semua pihak yang terlibat, diharapkan program ini dapat memberikan impak positif kepada penduduk di Mukim Naga dan kawasan sekitarnya.
Puan Husaini Binti Husain telah hadir mewakili Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu.
Sungai Petani, 15 Jun 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Program Akreditasi Renang dan Keselamatan Air yang berlangsung di Sungai Petani, Kedah.
Program anjuran SP Aquatic Club dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah ini melibatkan seramai 405 orang peserta telah diakreditasi bagi mendapat sijil penyertaan kemahiran renang tahap 1.
Sesi demontrasi renang juga diadakan oleh peserta Program KLAS Renang Negeri Kedah Daerah Kuala Muda (Kanak-kanak dan Remaja OKU) dan Kubang Pasu (Kanak-kanak Kategori B40).
Seramai 17 orang peserta Kanak-kanak kategori B40 dari daerah Kubang Pasu telah terpilih bagi akreditasi tersebut.
Hadir sama Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Tuan Haji Muhammad Radhi Bin Haji Mat Din dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan Puan Noor Azma Binti Deris, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSD KP, Encik Mohd Azizi Bin Rashid telah hadir sebagai Penyelaras Program bagi Daerah Kubang Pasu.