- JBS Kedah
- Hits: 98
MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PROGRAM MOBILISASI SKUAD SUKARELAWAN MALAYSIA (SATRIA) MENYANTUNI KANAK-KANAK PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR
Program Satria Menyantuni Kanak-Kanak Peringkat Daerah Kota Setar ini akan diadakan pada 20 Julai 2024 ( Sabtu) di Dewan SMK Sultanah Bahiyah yang merupakan program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar , Pejabat Kemas Daerah Kota Setar dan SMK Sultanah Bahiyah.
Dianggarkan seramai 80 orang Sukarelawan Satria yang akan menyantuni 40 orang kanak-kanak dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.Pelbagai aktiviti menarik telah dirangka sebagai pengisian program ini.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar.Turut bersama Puan Siti Zaharah Binti Sulaiman Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah , Puan Muna Habibah Mat Hussain Penyelaras KEMAS Alor Setar dan wakil Pengetua SMK Sultanah Bahiyah Puan Noor Afiza Binti Salleh serta Encik Muhamad Syahmi Hakimi Bin Muhamad Sabri wakil Pengetua Rumah Kanak-Kanak Pokok Sena.
Anda di luar sana yang berumur 15 tahun - 25 tahun.
Jom sertai Skuad Sukarelawan Anak Malaysia ( Satria) Daerah Kota Setar!
Klik link di bawah untuk sertainya!
https://tinyurl.com/SATRIA-KOTA-SETAR-2024
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar
- JBS Kedah
- Hits: 98
