17 Julai 2024, Sedim - TKP (Pembangunan Sukan) JBSN, Encik Abd Aziz Abd Rahman telah merasmikan Kursus Asas Rafting Arus Deras Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Sungai Sedim, Kulim, Kedah
Berlangsung bermula 11 hingga 13 Julai lepas, peserta program didedahkan dengan morfologi sungai, teknik dan asas mengendalikan rafting .
Selain itu, peserta juga diberikan pendedahan mengenai keyakinan di air dan tindakan kecemasan sekiranya berdepan dengan situasi yang tidak diingini.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi BPS JBSN, Encik Nor Azli Mohamad Daud.
Puan Haslinda Binti Harun, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Kubang Pasu hadir menyertai kursus tersebut.
Disediakan oleh : Haslinda binti Harun, PBSD Kubang Pasu
Kodiang, 11 Julai 2014 - Telah berlangsung Program Fit Komuniti @ Kubang Pasu Siri 3 bertempat di Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang. Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar
Cikgu Ku Ahmisuhaimi bin Ku Ahmad.
Program tersebut telah dikendalikan oleh Coach Zara dan KBSi Eyra daripada Kelab Sihat 8020 Jitra dengan kehadiran 46 orang guru dan 526 orang pelajar.
Encik Mohd Azizi Bin Rashid dari PBSD Kubang Pasu telah hadir selaku penyelaras program.
Disediakan oleh : Haslinda binti Harun, PBSD Kubang Pasu
JITRA, 11 Julai 2024 - Program Gotong-Royong Menyantuni Klien yang dianjurkan oleh AADK Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama 19 SME Program ALTeR@Komuniti pada hari khamis di Kampung Telok Malek telah berlangsung dengan jayanya. Program ini bertujuan untuk bersama komuniti dalam membantu klien ke arah kepulihan sepanjang hayat.
Program ini menyaksikan penyertaan sebanyak 49 orang peserta daripada 19 jabatan yang terlibat dalam Program ALTeR@Komuniti, 50 orang peserta daripada komuniti setempat serta 31 orang klien AADK daripada Mukim Naga termasuk Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran & Kewangan), Zaharin Dato' Haji Zahari. Seterusnya, Pengarah AADK Negeri Kedah, Khairul Anwar Ahmad, turut memberikan ucapan aluan. Program diteruskan dengan taklimat oleh Ketua AADK Daerah Kubang Pasu, Norhiza Lah, yang memberikan penerangan mengenai objektif dan aktiviti program. PBSD Kubang Pasu telah diwakili oleh Puan Husaini Binti Husain, Pegawai Unit Pembangunan Belia.
Aktiviti gotong-royong melibatkan tiga kawasan utama iaitu gelanggang futsal Kampung Telok Malek, tanah perkuburan dan rumah klien AADK. Para peserta yang terlibat menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam membersihkan dan menceriakan kawasan-kawasan tersebut.
Program ini bukan sahaja berjaya mencapai objektifnya tetapi juga mengeratkan hubungan antara jabatan, komuniti dan klien AADK. Semangat kebersamaan yang ditunjukkan diharapkan dapat memberi dorongan dan sokongan kepada klien untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan bebas daripada masalah dadah.
Dengan terlaksananya program ini, diharapkan usaha-usaha sebegini dapat diteruskan di masa hadapan untuk memastikan setiap individu dalam komuniti mendapat sokongan yang diperlukan bagi mencapai kesejahteraan hidup yang berterusan.
Disediakan oleh : Haslinda binti Harun, PBSD Kubang Pasu
Alor Setar,10 Julai 2024 - Open Day Geran Padanan Sukan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah berlangsung dengan jayanya.
Sesi ini melibatkan semua penerima Dana Sukan Komuniti Jendela 3 dari Negeri Kedah dan Negeri Perlis. Antara pengisian program ini sesi taklimat telah disampaikan oleh sekreteriat DSK dari KBS dan naziran dokumentasi Dana Sukan Komuniti Negeri Kedah dan Negeri Perlis.
Turut hadir ke sesi ini Puan Noor Azma Binti Deris Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Encik Azli Bin Daud Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSD Kubang Pasu, Encik Mohd Azizi Bin Rashid hadir mewakili pejabat ke sesi tersebut.
Disediakan oleh : Haslinda binti Harun, PBSD Kubang Pasu
Changloon, 10 Julai 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan kali pertama Program Mobilisasi Satria : Menyantuni Warga Emas Daerah Kubang Pasu yang bakal diadakan pada 20 Julai 2024 nanti bertempat di Masjid Bani Hashim, Hosba.
Mesyuarat tersebut telah melibatkan wakil-wakil dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Majlis Belia Daerah Kubang Pasu serta wakil dari kelab belia kampung sekitar Hosba.
Puan Haslinda Binti Harun, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Kubang Pasu hadir mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Disediakan oleh : Haslinda binti Harun, PBSD Kubang Pasu
Jitra, 10 Julai 2024 - Telah berlangsung perbincangan serta lawatan tapak untuk persiapan tempat bagi Program Gotong Royong Alter@Komuniti Kampung Telok Malek, Jitra anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kubang Pasu.
Puan Husaini Binti Husain Pegawai Unit Pembangunan Belia Daerah Kubang Pasu yang juga ahli jawatankuasa Alter@komuniti AADK telah hadir dalam perbincangan tersebut.
Semoga program yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar.
Disediakan oleh : Haslinda binti Harun, PBSD Kubang Pasu
Alor Setar, 10 Julai 2024 - Telah berlangsung Program ' Open Day Dana KBS' yang telah dianjurkan oleh Sekretariat Pasukan Petugas Dana KBS dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah pagi tadi.
Program ini adalah bertujuan bagi menjalinkan kerjasama dan pertemuan secara fizikal seterusnya memberikan pencerahan berkenaan perkara penting yang perlu diketahui berkenaan perlaksanaan program yang akan dijalankan.
Pegawai Unit Pembangunan Sukan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu, Encik Mohd Azizi Bin Rashid telah hadir ke program tersebut.
Disediakan oleh : Haslinda binti Harun, PBSD Kubang Pasu
Alor Setar, 8 Julai 2024 - Telah berlangsung Program Makan Malam Rockin & Rollin Anjuran Sekretariat Rakan Muda Universiti Utara Malaysia (SRMUUM) bertempat di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar.
Majlis makan malam bertemakan Rock n Roll ini diadakan bertujuan bagi mengekspresikan penghargaan kepada seluruh Exco dan Ahli Jawatankuasa SRM yang lalu di atas jasa dan bakti sepanjang menjalankan aktiviti SRM UUM.
Hadir sebagai tetamu jemputan khas pada malam tersebut adalah Encik Megat Shahrom Bashir Bin Makhdzir, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu, Encik Mohamad Aizul Firdaus, Penasihat SRM UUM dan Puan Haslinda Binti Harin Unit Rakan Muda PBSD Kubang Pasu.
Disediakan oleh : Haslinda binti Harun, PBSD Kubang Pasu
Sanglang, 1 Julai 2024 - Satu lawatan ke Kompleks Sukan Komuniti Jerlun telah dilakukan oleh Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah yang baru iaitu Encik Mohd Hanaffi Bin A. Rahman.
Beliau hadir bersama Pegawai Pembangunan JBSNK, Encik Redzuan Bin Shafie telah meninjau keseluruhan fasiliti yang terdapat di kompleks dengan diiringi Pengurus Kompleks iaitu Encik Megat Shahrom Bashir Bin Makhdzir dan Penyelia Kompleks, Puan Haslinda Binti Harun.
Disediakan oleh : Haslinda binti Harun, PBSD Kubang Pasu