15 Julai 2024, KULIM – Satu mesyuarat penyelarasan Program Mobilisasi Anak Muda (SATRIA) Menyantuni Kanak – Kanak dan Menyantuni Warga Emas serta Fit Komuniti Daerah Kulim telah diadakan pada 14 Julai 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim.
Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras dan melancarkan perlaksnaan Program Mobilisasi Anak Muda (SATRIA) Menyantuni Kanak – Kanak dan Menyantuni Warga Emas serta Fit Komuniti Daerah Kulim yang bakal diadakan di sekitar Daerah Kulim.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Zaidi bin Zakariya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim. Turut bersama didalam mesyuarat ini adalah wakil – wakil daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pertubuhan Rumah Orang Tua Nurqaseh, Sungai Tengas, Pusat Aktiviti Warga Emas, Pusat Aktiviti Kanak – Kanak dan juga Persatuan Pengkap Kelana A Daerah Kulim. Turut hadir mesyuarat adalah Encik Jamaluddin bin Jusoh (Unit Sukan) dan Puan Nazerah binti Md Najib (Unit Rakan Muda).
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md Najib (PBSD Kulim)
- JBS Kedah
- Hits: 122
