- JBS Kedah
- Hits: 127
PROGRAM MOBILISASI SATRIA: RAKAN MUDA RAKAN PRIHATIN MENYANTUNI KANAK-KANAK DAERAH KULIM TAHUN 2024.
28 Julai 2024, KULIM – Program Mobilisasi Satria : Rakan Muda Rakan Prihatin, Menyantuni Kanak-Kanak Daerah Kulim Tahun 2024 telah diadakan dengan jayanya pada 27 Julai 2024 (Sabtu) bertempat di Pusat Aktiviti Kanak – Kanak Kulim, Kedah.
Antara objektif pelaksanaan Mobilisasi Satria – Rakan Muda Rakan Prihatin Menyantuni Kanak-Kanak adalah merealisasikan usaha KBS dalam menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Antara aktiviti yang telah diadakan adalah gotong royong dan sukaneka kanak – kanak. Program ini merupakan program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim dan Pusat Aktiviti Kanak - Kanak serta dibantu oleh Persatuan Pengakap Kelana A Daerah Kulim.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Zaidi bin Zakariya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim. Turut hadir bersama Puan Nur Azmawaty binti Abdul Aziz (Penyelia Pusat Aktiviti Kanak – Kanak), En Mohamad Kamarul Hakimi bin Yusof (Pegawai Pelindung JKM) dan juga kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md Najib (PBSD Kulim)
- JBS Kedah
- Hits: 127
