- JBS Kedah
- Hits: 138
TAKLIMAT PELAKSANAAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) DI KOLEJ KOMUNITI PADANG TERAP
PADANG TERAP KEDAH, 01 OGOS 2024 - Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telahpun diadakan antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Padang Terap bersama Kolej Komuniti Padang Terap pada 31 Julai 2024 (Rabu) bertempat di Kolej Komuniti Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Kolej Komuniti Padang Terap berkolaborasi bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap untuk memberi ruang berkaitan taklimat program KBS bersempena Minggu Haluan Siswa 2024 kolej berkenaan dan PBSD Padang Terap mengambil peluang untuk memberikan taklimat berkaitan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) kepada pelajar-pelajar baharu seramai 70 orang.
Taklimat ARPRM ini telah disampaikan oleh En. Mohamad Hasni bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda) Daerah Padang Terap. Hadir bersama En. Mohamad Zaidan bin Zainuddin, Pengerusi Kelab Rakan Muda Daerah Padang Terap dan En. Muhammad Faiz bin Ahmad Tajudin, Pengerusi Skuad Anti Dadah Kebangsaan Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 138
