19 Julai 2024, KULIM - Program Fit Malaysia, Fit Komuniti @ Kulim - Siri 5 Combat Exercise telah diadakan pada 19 Julai 2024 yang lalu bertempat di Sek Men Keb Taman Hi – Tech, Kulim. Program ini telah dilaksanakan oleh Kelab Silat SMK Taman Hi Tech bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kulim dengan penglibatan ahli kelab itu sendiri. Fit Komuniti @ Kulim – Combat Exercise ini menerapkan elemen kecergasan, kardio dan juga irama. Turut hadir bersama di dalam program ini ialah Encik Jamaluddin Bin Jusoh, Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSD Kulim. Semoga dengan perlaksanaan program ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menjaga kesihatan dan sentiasa kekal cergas.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md Najib (PBSD Kulim)
- JBS Kedah
- Hits: 150
