Hosba, 20 Julai 2024 - Telah berlangsung Program Mobilisasi SATRIA : Menyantuni Warga Emas bertempat di Masjid Bani Hashim pagi tadi.
Program ini melibatkan kerjasama di antara PBSD Kubang Pasu bersama Majlis Belia Daerah Kubang Pasu, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Kubang Pasu, Kelab Rakan Muda Kubang Pasu, Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu dan kariah Masjid Bani Hashim, Hosba.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Senaman Gigong, Demonstrasi Silat dan Muay Thai, Tazkirah serta gotong royong membersihkan masjid dan memasak. Telah diadakan juga pertandingan karom di antara anggota PAWE melawan ahli Rakan Muda.
Turut diadakan pameran kesihatan dari Unit Promosi Pejabat Kesihatan Daerah, Pemeriksaan kesihatan serta Fisioterapi.
Turut diadakan pameran kesihatan
Majlis Penyampaian Sijil dan cenderahati telah disempurnakan oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu, Encik Megat Shahrom Bashir Bin Makhdzir. Terima kasih diucapkan kepada Encik Zamzury Refal kerana sudi hadir mewakili Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
Disediakan oleh : Haslinda binti Harun, PBSD Kubang Pasu
- JBS Kedah
- Hits: 134
