- JBS Kedah
- Hits: 108
5 PESERTA DAERAH PADANG TERAP KE PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN BAHARU PICKLEBALL PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024
ALOR SETAR KEDAH, 11 OGOS 2024 – Program Pembangunan Sukan Baharu Pickleball Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 telahpun diadakan pada 05 dan 06 Ogos 2024 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Program Pembangunan Sukan Baharu ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan teknik kemahiran asas sukan Pickleball yang betul kepada peserta.
5 orang peserta Daerah Padang Terap telah menghadiri program tersebut iaitu Muhammad Zaidan bin Zainuddin dan Muhammad Zakir bin Abdul Mutalib, Kelab Rakan Muda (KRM) Padang Terap serta 3 orang dari Kolej Komuniti Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 108
